• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Exco Melaka Didakwa Terbabit Skandal Seks Perlu Buat Laporan Polis

oleh Mohd Arshad
26/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Exco Melaka Didakwa Terbabit Skandal Seks Perlu Buat Laporan Polis
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang didakwa terbabit dalam skandal seks dengan seorang wanita perlu segera membuat laporan polis bagi tujuan siasatan dan membersihkan namanya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub, berkata ia berikutan video dikaitkan dengan skandal itu sudah tersebar dan tuduhan dilemparkan amat berat.

Katanya, beliau bersimpati dengan Exco kanan terbabit, lebih-lebih lagi video itu tersebar ketika umat Islam sedang menyambut Aidilfitri.

“Disebabkan video didakwa membabitkan Exco berkenaan sudah tersebar dan tuduhan yang dilemparkan amat berat, adalah menjadi kewajipan kepada Exco terbabit membersihkan namanya, dengan segera membuat laporan polis serta mengambil tindakan undang-undang termasuk ke atas wanita yang dikaitkan.

“Sebagai sebuah gagasan yang memperjuangkan politik matang, fokus PN adalah membangunkan negara secara konstruktif dan berperanan sebagai pembangkang yang bertanggungjawab dengan menolak budaya politik menyerang peribadi pemimpin tertentu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kes itu turut mendapat perhatian Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, semalam yang menyifatkan kontroversi Exco yang didakwa terbabit dalam skandal seks dengan seorang wanita itu sebagai fitnah dan boleh berlaku kepada sesiapa saja.

Sementara itu, Dr Mohd Yadzil berkata, kes itu adalah cabaran kepada Ab Rauf selaku Ketua Menteri Melaka yang baharu untuk membuktikan kemampuannya mentadbir.

“Terpulang kepada beliau sama ada mahu kerajaan negeri pimpinannya bersih atau tercemar dengan tuduhan sedemikian.

“Rakyat sedang menilai dan sesebuah kerajaan bukan saja mesti bersih, tetapi perlu kelihatan bersih.

“Sebarang kompromi akan memperlihatkan Malaysia Madani hanyalah retorik kosong yang tidak membawa sebarang makna,” katanya.

Semalam Ab Rauf dilapor berkata, dalam dunia siber dan serba moden ini, pelbagai bentuk fitnah mudah disebarkan pihak tidak bertanggungjawab di media sosial.

Beliau berkata, pihaknya tahu asal usul kontroversi itu selepas meneliti perkara yang ditularkan, namun menyerahkan kepada Exco terbabit sama ada mahu membuat laporan polis atau tindakan lain yang difikirkan wajar.

BHonline-

Tags: Dr Mohd Yadzil YaakubExco Melakaskandal seks
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Paip Bocor Punca Runtuhan Tanah Akedemi SPRM

Next Post

Belum Ada Keperluan Laksana Pembenihan Awan – MetMalaysia

Related Posts

2 Muka Lama, 8 Muka Baharu Barisi Exco Melaka

26/11/2021
0

MELAKA: Dua muka lama dan lapan muka baharu membarisi senarai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dibentuk selepas...

Lantikan Exco Daripada ADUN PN Akan Diputuskan Kemudian – Sulaiman

22/11/2021
0

AYER KEROH : Kedudukan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu Perikatan Nasional (PN) sama ada akan turut menyertai barisan...

Next Post
Belum Ada Keperluan Laksana Pembenihan Awan – MetMalaysia

Belum Ada Keperluan Laksana Pembenihan Awan - MetMalaysia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd