• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlindungan Sinovac Terhadap Kemasukan ICU Turut Banyak Berkurang

oleh Mohd Arshad
23/11/2021
dalam Gaya Hidup, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) mengumumkan penemuan tambahan terhadap kajian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan vaksin Covid-19, susulan pengumuman terdahulu mengenai perlindungan vaksin yang berkurangan terhadap jangkitan Covid-19.

Kini, laporan itu menyatakan bahawa perlindungan terhadap kemasukan unit rawatan rapi (ICU) turut berkurangan bagi vaksin Sinovac, tetapi kedua-dua vaksin – Sinovac dan Pfizer – masih mengekalkan perlindungan terhadap kematian selepas lima bulan.

“Dapatkan dos penggalak untuk perlindungan optimum,” gesanya di Facebook hari ini, ketika merumuskan carta yang mengandungi keputusan daripada Kajian Menilai Keberkesanan Vaksin-vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Recovam) oleh KKM.

Carta itu menunjukkan vaksin Pfizer 86 peratus berkesan dalam menghalang kemasukan ICU pada satu hingga dua bulan selepas dos kedua, dan jatuh sedikit kepada 79 peratus pada tiga ke lima bulan selepas dos kedua.

Bagaimanapun, vaksin Sinovac hanya 55 peratus berkesan dalam menghalang kemasukan ICU pada satu ke dua bulan selepas dos kedua, dan ia jatuh kepada 28 peratus pada tiga ke lima bulan.

Vaksin Pfizer didapati 91 peratus berkesan menghalang kematian Covid-19 tanpa tanda amaran selepas lima bulan, manakala vaksin Sinovac pula jatuh sedikit dari 79 peratus kepada 76 peratus.

Carta itu turut menunjukkan berkurangnya perlindungan kedua-dua vaksin terhadap jangkitan Covid-19, seperti yang diumumkan oleh KKM pada sidang media 12 November – keberkesanan Pfizer jatuh dari 80 peratus kepada 68 peratus, berbanding Sinovac yang jatuh dari 76 peratus kepada 28 peratus.Kerajaan kini menjalankan pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 kepada beberapa kumpulan yang diutamakan seperti warga emas, golongan terimunokompromi, petugas barisan hadapan, dan golongan yang mempunyai komorbiditi.

Mereka yang sebelum ini menerima dua dos Sinovac layak menerima dos penggalak tiga bulan selepas dos kedua, sementara penerima vaksin Covid-19 yang lain layak menerimanya enam bulan selepas selesai melengkapkan dos vaksinasi mereka.

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) meluluskan vaksin Covid-19 daripada Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca untuk digunakan sebagai dos penggalak.

Pun begitu, Pengerusi Kumpulan Kerja Teknikal Pemilihan Vaksin Dr Kalaiarasu Periasamy sebelum ini berkata Pfizer menjadi dos penggalak biasa (default) ekoran keberkesanannya yang tinggi berbanding Sinovac, melainkan penerima tidak dapat menerima vaksin itu daripada aspek perubatan.

Katanya, vaksin Sinovac masih lagi boleh didapati untuk mereka yang diketahui mempunyai alahan terhadap vaksin Pfizer. Rakan kongsi tempatan Sinovac, Pharmaniaga, berkata dos penggalak Sinovac boleh didapati dalam pasaran swasta.

Sabtu lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menggesa orang ramai untuk mengambil apa sahaja dos penggalak yang ditawarkan, sambil mengakui bahawa penerima vaksin Sinovac merupakan 84 peratus daripada kes jangkitan breakthrough (jangkitan dalam kalangan penerima vaksin) Covid-19 yang serius, yang dirawat di Hospital Sungai Buloh.

-Malaysia Kini

Tags: Covid-19ICUSinovac
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Abang Ustaz Kazim Elias Kecewa Tohmahan Dan Ucapan Tak Sepatutnya

Abang Ustaz Kazim Elias Kecewa Tohmahan Dan Ucapan Tak Sepatutnya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Keadaan pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias dilaporkan stabil dan menunjukkan perkembangan positif selepas menerima rawatan di Unit...

Ibu Dakwa Anak Dibuli Hingga Dirawat Di ICU

Ibu Dakwa Anak Dibuli Hingga Dirawat Di ICU

17/10/2025
0

Kuala Lumpur: Seorang ibu mendakwa anak perempuannya, pelajar institusi pendidikan di bawah sebuah agensi agama dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd