• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denda Lewat Bayar Cukai Taksiran Penggal Kedua 2021 Dikecualikan

oleh Mohd Arshad
21/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Kerajaan negeri memutuskan pengecualian denda lewat bayar cukai taksiran pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Selangor bagi penggal kedua 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Ng Sze Han berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk mengecualikan bayaran denda lewat cukai taksiran itu pada 17 November lalu.

“Keputusan ini selaras dengan inisiatif dan ketetapan kerajaan negeri untuk mengurangkan beban ekonomi rakyat ketika berdepan penularan wabak COVID-19.

“Pengecualian denda ini akan membabitkan implikasi kewangan yang dianggarkan berjumlah RM13.8 juta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Sze Han berkata, semua pemilik premis/bangunan yang lewat menjelaskan cukai taksiran untuk penggal kedua ini tidak akan dikenakan denda lewat bayar.

“Kerajaan negeri juga ingin mengingatkan orang ramai untuk sentiasa menyemak penyata cukai taksiran bagi memastikan bayaran cukai dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan,” katanya.

BHOnline-

Tags: cukai taksiran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cukai Taksiran Selangor Naik 25 Peratus Mulai Januari 2025

Cukai Taksiran Selangor Naik 25 Peratus Mulai Januari 2025

09/12/2024
0

SHAH ALAM - Selangor akan menaikkan cukai taksiran sehingga 25 peratus berkuat kuasa 1 Januari depan selepas 20 tahun. IKUTI...

Kenaikan Cukai Taksiran Disebabkan Ubah Suai Rumah

14/11/2018
0

SEREMBAN - Kadar cukai taksiran yang diterima sesetangah pihak bukan disebabkan kerajaan negeri menaikkan cukai tersebut sebaliknya ia disebabkan pengubahsuaian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd