• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Jajahan Di Kelantan Alami Gangguan Bekalan Air Esok

oleh Mohd Arshad
21/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Tiga jajahan di Kelantan bakal mengalami gangguan bekalan air melibatkan kira-kira 32,018 akaun pada Isnin.

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam satu kenyataan memaklumkan, tiga jajahan yang terlibat ialah Machang, Pasir Puteh dan Kota Bharu Selatan dan Timur.

“Gangguan bekalan air di tiga jajahan di Kelantan – Jajahan Machang, Pasir Puteh dan sebahagian kawasan Kota Bharu Selatan dan Kota Bharu Timur pada Isnin, 22 November bermula 10 pagi hingga 3 petang.

“Ia susulan penutupan sementara loji rawatan air Merbau Chondong Machang.

“Gangguan sementara ini bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad dilakukan dalam tempoh tersebut di intake Sungai Bagan dan sekitarnya,” jelasnya.

Antara kawasan yang terjejas di Machang termasuk Pusat Akhlak Machang (Penjara), IPD serta kuarters IPD Machang, Sekolah Berasrama Penuh Sains Machang, dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang.

Bagi kawasan jajahan Kota Bharu Selatan pula, ia melibatkan Pekan Kok Lanas, Kg Bukit China, Taman Guru Desa Pahlawan, Kem Desa Pahlawan dan lain-lain.

Manakala jajahan Kota Bharu Timur pula melibatkan Kg Pak Badol, Kg Serdang, Kg Mek Mayang dan lain-lain.

Pelanggan disaran untuk menyimpan bekalan air mencukupi dan berhemah dalam menggunakan air.

Untuk pertanyaan pengguna boleh menghubungi Pusat Informasi dan Talian Aduan (Pintas) di talian 15777 atau WhatsApp 0195755777 atau muat turun aplikasi MyAKSB untuk maklumat lanjut.

-Awani

Tags: airGangguan Bekalan AirKelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd