• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Tidak Sempurna Dan Tidak Akan Mungkin Menjadi Sempurna

oleh Cj Mnh
19/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sabtu ini, rakyat Melaka akan memilih Kerajaan yang baharu.

Saya menyeru pengundi Melaka menggunakan peluang ini untuk menghantar isyarat yang tegas dan jelas. Sampaikan pada semua. Bahawa kestabilan politik mesti dikembalikan.

Semenjak PRU 2018, Melaka dan Malaysia menyaksikan amalan politik yang sangat kucar-kacir. Ia adalah sesuatu yang tidak pernah kita lalui dalam sejarah demokrasi Malaysia. Dan yang pasti, ia telah sangat menyusahkan semua pihak, khususnya rakyat.

Kerajaan silih berganti kerana tidak wujud sebuah parti yang dominan dan menjadi teras. Bayangkan, Kerajaan terbentuk hasil gabungan parti-parti kecil yang memutuskan untuk bekerjasama sambil mengumpan Ahli-ahli Parlimen yang tergamak melompat untuk menyertai mereka. Sudah pastilah rakyat menjadi mual dengan politik. Ahli politik sudah tidak dipercayai sama sekali.

Semua ini perlu dihentikan. Sekarang.

Kestabilan kerajaan adalah katalis kemakmuran Melaka. Selama lebih enam dekad, BN satu-satunya parti yang boleh dan telah mengurus Melaka dengan jayanya, menjadikannya antara negeri paling membangun di Malaysia.

Benar BN tidak sempurna dan tidak akan mungkin menjadi sempurna. Tetapi dalam segala kebaikan dan kelemahan BN, ia adalah formula politik paling ideal untuk Malaysia dan Melaka.

Melalui BN, kuasa dikongsi secara bersama selama puluhan tahun dan kepentingan kaum diuruskan secara muafakat. Tiada masalah yang BN tidak selesaikan secara kolektif dan harmoni.

Bagi memastikan tawaran kestabilan ini boleh dicapai, BN menampilkan kira-kira 87% calon baru. Mereka adalah taruhan BN untuk Kerajaan yang berwajah dinamik, segar dan progresif.

Mereka adalah generasi penerus yang berwibawa, bersih, berilmu dan berpendirian. Bukan golongan yang memperdagangkan politik dan kedudukan untuk kuasa.

Mereka adalah jawapan BN untuk membasmi pengkhianatan, politik lompat melompat yang tidak bermoral dan sindrom kegilaan kuasa yang memualkan.

Mereka juga adalah generasi yang akan menguruskan masa depan Melaka dengan Kerajaan yang terangkum, kompeten dan amanah.
Insya-Allah, setelah terpilih, BN akan mengembalikan era terbaik Melaka seperti suatu waktu dulu.

Selamat mengundi rakyat Melaka.

– Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Tags: PRN Melaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Melaka: BN Paling Banyak Guna Retorik Kaum, Agama – Pusat Komas

21/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) didapati paling banyak menggunakan retorik kaum dan agama dalam meraih undi ketika Pilihan Raya Negeri...

PN Ambil Iktibar PRN Melaka Hadapi PRN Johor

04/02/2022
0

MASJID TANAH: Perikatan Nasional (PN) mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November lalu untuk mencipta kejayaan pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd