• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Kaji Semula Persefahaman Dengan Kerajaan

oleh Mohd Arshad
18/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pakatan Harapan (PH) akan mengkaji semula semua persefahaman yang dicapai dengan kerajaan sebelum ini ekoran pengesahan bahawa Putrajaya menerima permohonan sebidang tanah dan seunit rumah daripada Najib Razak.

Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata pendedahan berkenaan sangat mengejutkan.

“Keputusan yang amat mengejutkan ini memaksa kami untuk mengkaji semula segala bentuk persefahaman yang wujud sehingga kini,” katanya dalam kenyataan lewat petang ini.

Terdahulu Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan kabinet menerima permohonan daripada bekas perdana menteri, Najib Razak untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 juta di ibu negara.

Bagaimanapun senator terbabit berkata belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat mengenai permohonan tersebut.

“Pada saat rakyat sedang menderita, para doktor kontrak masih tidak jelas nasib mereka, anak-anak B50 berdepan pelbagai rintangan dan halangan untuk belajar, dan begitu ramai rakyat Malaysia yang hilang pendapatan, tempat tinggal, malah juga nyawa, tindakan kabinet untuk ‘menghadiahkan’ tanah dan rumah kepada seorang yang telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah ternyata keputusan yang paling tidak bermoral dan langsung tidak masuk akal,” katanya.

Terdahulu Dr Mahathir Mohamad (Pejuang-Langkawi) membangkitkan bagaimana isu hadiah tersebut tidak disebut dalam belanjawan negara dan meminta Tengku Zafrul memberi penjelasan.

Bagaimanapun Tengku Zafrul berpendapat soalan tersebut lebih sesuai ditanyakan kepada Jabatan Perdana Menteri kerana isu berkaitan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 terletak di bawah kementerian terbabit.

Ia kemudian mendorong beberapa ahli parlimen pembangkang bangkit untuk meminta penjelasan.

Mahathir misalnya mengingatkan bahawa setiap perbelanjaan negara perlu dibawa ke parlimen untuk diluluskan dan bertanya bila hal itu akan dilakukan.

“Apabila diluluskan,” jawab Tengku Zafrul.

Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) pula meminta Tengku Zafrul memberitahu sama ada kabinet sudah membuat sebarang keputusan mengenai permohonan Najib itu.

Mahfuz: Jemaah menteri dah bincang, dan sudah buat keputusan (atau belum), itu saya nak tau.

Tengku Zaffrul: Sedang tunggu dimuktamadkan.

Mahfuz: Belum dimuktamadkan, tapi sudah ada persetujuan awalkah?

Menurut Tengku Zafrul permohonan Najib itu dibuat selepas Belanjawan 2022 dibentangkan justeru tiada peruntukan mengenainya.

“Untuk dilaksanakan, perkara ini bakal dibawa (ke parlimen) sebagai Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan,” katanya.

Menurut Anwar rakyat tidak dapat melupa bagaimana ahli parlimen Pekan itu mengakibatkan kerajaan dan rakyat Malaysia menanggung hutang setinggi RM32 bilion akibat skandal 1MDB.

“Malah beliau sehingga hari ini tidak dapat menjelaskan bagaimana sejumlah wang dan barang kemas yang dianggarkan bernilai ratusan juta ada dalam milikan beliau dan isteri,” katanya. -MALAYSIAKINI

Kerajaan Yang Bagi Pilihan 3 Bidang Tanah

Tags: najibRumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd