• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kesan Sindiket Jual Darjah Kebesaran Diraja Kedah

oleh Mohd Arshad
18/11/2021
dalam Jenayah, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR : Polis menahan 19 individu kerana dipercayai terbabit menggunakan Darjah Kebesaran Setia Diraja Kedah (DSDK) sebelum mendapat kurniaan daripada Sultan Kedah.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima aduan itu pada 5 Oktober lalu dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah berikutan kes berkenaan.

Beliau berkata, bertindak atas laporan itu, pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah melakukan operasi menahan semua individu berdasarkan maklumat yang diperolehi.

“Kesemua 19 individu itu terdiri daripada lelaki dan wanita tempatan berusia antara 30 hingga 63 tahun yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza.

“Tangkapan dilakukan berasingan di beberapa lokasi di sekitar negeri ini dan beberapa negeri lain di Semenanjung Malaysia sejak 7 November sehingga semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamarul Zaman berkata, daripada tangkapan ini membawa rampasan beberapa barangan termasuk aksesori dan dokumen serta peralatan berkaitan yang digunakan oleh sindiket untuk menjalankan aktiviti ini.

Beliau berkata, turut dirampas, kad keahlian Jemaah Dato Negeri Kedah yang palsu, jata negeri dan beberapa barangan yang berkaitan dengan darjah kebesaran itu.

“Hasil siasatan mendapati, sindiket ini mula aktif sejak tahun 2015 dengan menggunakan modus operandi iaitu mendekati individu yang dikenal pasti sebagai golongan elit dan ahli perniagaan serta menawarkan gelaran darjah kebesaran negeri Kedah dengan meminta sejumlah bayaran antara RM25,000 hingga RM103,000.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Yang Berhubung dengan Anugerah 2017 (Akta 787) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

“Kes sudah dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri dan dipersetujui untuk menjalankan pertuduhan mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Yang Berhubung Dengan Anugerah 2017 (Akta 787),” katanya.

Hukuman yang diperuntukan mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Yang Berhubung Dengan Anugerah 2017 (Akta 787) adalah apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun.

Bagi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) penjara tidak lebih satu tahun.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah menjadi mangsa kepada sindiket seperti ini dan jika sesiapa yang menerima anugerah secara tidak diiktiraf boleh menyemak melalui Kerajaan Negeri Kedah melalui saluran rasmi yang ditetapkan.

-Awani

Tags: jual darjah kebesaran diraja kedahKedahsindiket
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd