• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Lesen Judi Bukan Nak Sekat Hak Orang Bukan Islam

oleh Cj Mnh
18/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Langkah kerajaan negeri Kedah untuk tidak lagi meluluskan lesen perjudian kepada mana-mana premis di negeri ini bukan bertujuan menyekat kebebasan hak asasi manusia atau mendiskriminasi kaum lain.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata keputusan itu dibuat sebagai satu daripada cara untuk mentaati perintah Allah serta mensyukuri nikmat dikurniakan kepada Kedah.

“…apabila saya jadi kerajaan, nampak nikmat banyak yang mana (nilai) pelaburan masuk tinggi ke negeri ini, malah setiap rumah di negeri ini ada masuk bakul makanan…maka saya buat keputusan untuk tidak lagi menyambung lesen premis perjudian ini sebagai satu daripada cara saya bersyukur atas banyaknya nikmat yang Allah kurniakan kepada negeri ini.

“Tapi ada orang bantah guna alasan hak asasi, guna alasan rasisme (yang) hendak menghalang orang bukan Islam. Sebenarnya tidak betul itu semua,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet Kedah 2022 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata tiada satu kajian pun menunjukkan yang aktiviti perjudian menguntungkan malah kerajaan China yang tidak memiliki ramai penduduk dalam kalangan orang Islam pun turut mengharamkan kegiatan itu di negara mereka sejak 1949.

“Negara kita ramai orang Islam, keputusan ini dibuat atas dasar untuk menjaga keharmonian masyarakat dan atas dasar bersyukur dengan nikmat yang banyak,” katanya.

Persidangan DUN Kedah bersambung esok

– Bernama

Tags: JUDIKedahSanusi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd