• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vaksinasi Kanak-Kanak Perlu Kajian Lengkap Sebelum Dilakukan

oleh Mohd Arshad
13/11/2021
dalam Gaya Hidup, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Rancangan untuk menjalankan proses vaksinasi terhadap kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun adalah wajar dalam konteks melindungi golongan itu, namun dalam masa yang sama ia memerlukan kajian dan perancangan yang mencukupi dan lengkap.

Menurut pakar kesihatan awam Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, ketika ini hanya beberapa negara yang melaksanakan program vaksinasi terhadap kanak-kanak termasuk Amerika Syarikat dan ia hanya membabitkan vaksin dari jenis Pfizer.

“Perlu diingat bahawa ketika ini ia hanya tertumpu kepada vaksin yang dikeluarkan oleh Pfizer. Jadi vaksin-vaksin lain itu belum lagi ada kajian yang terbaharu ataupun kajian yang lengkap.

“Dari pengalaman-pengalaman luar negara, didapati memang ada kesan sampingan kepada kanak-kanak apabila diberi vaksin Pfizer ini. Contohnya, yang paling memberi kesan ialah terhadap masalah sakit jantung atau apa yang kita panggil sebagai miokarditis.

Oleh sebab itu, ada sesetengah negara berhati-hati untuk memberi (suntikan vaksin) kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun,” katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.

Pada masa yang sama katanya, pihaknya sangat berharap agar kerajaan dapat melakukan kajian yang lebih teliti terhadap pemberian vaksin terhadap golongan itu walaupun ia difikirkan mempunyai kewajaran.

Ia terutamanya membabitkan risiko kesan sampingan dan segala kemungkinan lain, selain ia perlu diimbangi antara keperluan dan juga mudarat yang mungkin akan berlaku.

“Setelah kajian dan jika keputusanya memuaskan hati, maka diharap dapat diperkenalkan program vaksinasi ini pada masa sesuai. Yang paling penting sekali adalah kita kena seimbangkan antara risiko jangkitan COVID-19 dan juga kesan sampingan.

“Daripada kajian yang lepas nampaknya risiko adalah lebih tinggi daripada kesan sampingan. Jadi ada potensi bahawa vaksinasi untuk kumpulan 5 hingga 12 tahun ini dapat diberikan. Apapun kita perlu tunggu keputusan Kementerian Kesihatan nanti,” jelasnya.

Beliau juga tidak menafikan berlakunya kes membabitkan kematian yang berlaku di luar negara membabitkan kumpulan kanak-kanak yang menerima suntikan vaksin, namun ia masih dianggap terpencil.

“Kita tidak boleh nafikan fakta bahawa ada kesan daripada vaksinasi kanak-kanak ini terutamanya seperti yang saya kata membabitkan penyakit jantung. Walaubagaimanapun kes-kes ini terpencil dan risikonya adalah kecil jika dibandingkan risiko kanak-kanak di negara kita dijangkiti COVID-19.

“Kumpulan kanak-kanak dari kalangan 5 hingga 12 tahun di negara kita berjumlah tiga juta lebih dan mereka aktif di sekolah.

Sebenarnya mereka ini paling lewat diberikan vaksinasi berbanding kumpulan lain adalah kerana tidak ada kajian lengkap sebelum ini yang menggunakan suntikan terhadap kanak-kanak dari (kumpulan) usia tersebut,” jelasnya lagi.

-Awani

Tags: Covid-19Vaksinvaksinasi bawah 12 tahun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Akuan Tentang Rasuah Langkah Ke Hadapan PN

Next Post

Kumpulan Doktor Beri Amaran Kes Covid-19 Meningkat Semula

Related Posts

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

19/09/2024
0

PUCHONG: Pharmaniaga Bhd melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin pertama buatan tempatan. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Kumpulan Doktor Beri Amaran Kes Covid-19 Meningkat Semula

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd