• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sembilan Tindakan Strategik Konservasi Harimau Malaya

oleh Mohd Arshad
11/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Jumlah spesis Harimau Malaya dalam negara ketika ini dianggarkan kurang dari 200 ekor dan ia dijangka pupus di Malaysia dalam tempoh lima hingga 10 tahun sekiranya tiada tindakan drastik diambil dengan segera.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata dalam memastikan kelangsungan hidup Harimau Malaya, Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan sembilan tindakan strategik Konservasi Harimau Malaya bagi tempoh 10 tahun mulai tahun ini hingga 2030.

Beliau berkata antara pendekatan itu termasuk mengukuhkan usaha menghentikan penurunan populasi Harimau Malaya melalui rondaan penguatkuasaan dan pengawalan ‘boots on the ground’ serta pemeliharaan dan pemuliharaan habitat semula jadi spesis berkenaan.

“… (juga) meningkatkan tadbir urus baik keberkesanan dalam melaksanakan konservasi Harimau Malaya melalui penubuhan Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya, Unit Konservasi Harimau Malaya di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Biro Jenayah Hidupan Liar di bawah Polis Diraja Malaysia dan pengukuhan Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan sebagai ‘centre of excellence’ bagi konservasi ex-situ Harimau Malaya,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata pendekatan seterusnya adalah memperkasakan inisiatif bagi memastikan kelangsungan hidup Harimau Malaya melalui penyediaan instrumen kewangan inovatif dan skim akreditasi habitat Harimau Malaya.

Beliau berkata demikian sebagai mewakili Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang dijangkiti COVID-19, bagi menjawab soalan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) mengenai usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan Harimau Malaya yang menjadi spesies ikonik negara tidak pupus
.
Wan Junanidi berkata selain itu, kerajaan juga mewujudkan kerjasama dengan zoo dan universiti supaya kelangsungan hidup Harimau Malaya dapat dipanjangkan, dengan menyimpan spesis itu di negara lain termasuk Amerika Syarikat dan Singapura seperti Tapir sebelum ini.

Penyelidikan terperinci juga dijalankan supaya ‘inbreeding’ Harimau Malaya di kawasan jagaan boleh dilaksanakan sementara merancang mewujudkan pusat konservasi Harimau Malaya untuk menempatkan harimau yang dijumpai sebelum dilepaskan.

Beliau berkata kerajaan juga telah melanjutkan moratorium larangan memburu rusa dan kijang yang tamat bulan ini kerana ia merupakan sumber makanan utama Harimau Malaya.

Bernama-

Tags: Harimau Malayakonservasi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd