• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shinki Bus Jepun Wujud Pusat Sauna Bergerak

oleh Mohd Arshad
09/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Tokyo : Shinki Bus, syarikat pengangkutan yang berprestij mengambil alternatif mempelbagaikan perkhidmatan dengan mengubah suai basnya menjadi pusat sauna bergerak.

Portal berita soranews24.com melaporkan perkhidmatan baharu berkenaan dipanggil Sabus iaitu gabungan nama sauna dan bas.

Projek itu dijalankan menerusi anak syarikat Shinki Bus iaitu Ribahs yang dalam bahasa Jepun bermakna ‘kelahiran semula’ dan ‘bas semula.’

Daripada membiarkan ruang dalam bas itu menjadi sia-sia, Shinki kini sedang menukar bas bandar yang tidak lagi beroperasi menjadi bilik wap sepenuhnya di atas roda.

Sebahagian besar bahagian dalam bas itu diubah suai dengan reka bentuk kayu yang menawan.

Beberapa butang yang biasanya digunakan untuk memberi isyarat kepada pemandu supaya berhenti pula berfungsi untuk menghasilkan wap.

Menurut satu kenyataan akhbar, Sabus akan diletakkan di kawasan yang luas untuk acara khas, namun tali dan pemegang pada tempat duduk mungkin menunjukkan ciri sauna bergerak sebenar.

Butiran lanjut mengenai fungsi Sabus akan didedahkan nanti memandangkan tarikh siap projek itu semakin hampir iaitu pada Februari 2022 .

Ia adalah yang pertama dalam barisan perkhidmatan bas guna semula yang Ribahsu rancangkan seperti bilik jagaan harian bergerak atau stesen pancuran mandian dan mandian bergerak.

Kemudahan itu mungkin memberikan sokongan berguna di kawasan yang dilanda bencana.

Maskot Shinki Bus, Nikopa-chan adalah finalis dalam kedua-dua Kejohanan Karakter Bas 2017 dan 2019 di seluruh negara.

Bagaimanapun, peraduan itu kini ditangguhkan kerana seluruh industri pengangkutan terjejas teruk akibat daripada pandemik Covid-19.

Syarikat bas khususnya berdepan tempoh yang sukar berikutan penurunan yang besar dalam perjalanan ulang-alik dan pelancongan sejak dua tahun lalu.

Jadi, salah satu cara Shinki Bus bertahan adalah merancang dan mempelbagaikan pasaran sauna mudah alih yang difahamkan masih belum ada di pasaran.

-Harian Metro

Tags: jepunpusat sauna bergerakShinki Bus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Jepun, Bersenapang Cetus Kebimbangan Penduduk Kepong

Lelaki Berpakaian Ala Tentera Jepun, Bersenapang Cetus Kebimbangan Penduduk Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Penduduk di beberapa kawasan sekitar Kepong dilaporkan berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas tular dakwaan mengenai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd