• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan PRN Melaka Akan Jadi Perancangan Masa Depan PAS

oleh
07/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAS yakin keputusan pilihan raya negeri (PRN) Melaka akan menjadi sebahagian perancangan masa depan parti itu.

Malah menurut timbalan presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man, parti itu akan memperkasakan kekuatan bersama Perikatan Nasional (PN).

“Kita akan perkasa kekuatan parti kita bersama PN sebab PAS komponen PN dan saya yakin keputusan di Melaka akan juga menjadi sebahagian perancangan masa depan.

“Saya fikir banyak pihak nak tengok keputusan di Melaka sebagai indikatornya,” katanya pada sidang media sebaik berakhirnya Muktamar PAS ke-67 di Kuala Terengganu, hari ni.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hala tuju PAS di masa hadapan.

Sementara itu, ditanya mengenai hubungan dengan Umno selepas berlaku pertembungan dalam PRN Melaka, Tuan Ibrahim berkata dalam konteks sebagai kerajaan hubungan kerjasama akan berjalan seperti biasa.

“Dalam konteks kerajaan kita berjalan macam biasa tiada masalah (dengan Umno) dan perdana menteri umum bahawa parti bertanding dalam konteks parti, semua program kerajaan tidak berjalan dalam tempoh kempen di Melaka.

“Sebab dalam kerajaan ada menteri dan timbalan menteri dari parti berlainan, jadi yang turun kempen kali ini dihadkan tak banyak secara fizikal boleh dibuat, perjalanan kerajaan tak ada masalah. Berjalan macam biasa kita harap tak ada isu tak diingini berlaku,” katanya.

Tambah menteri alam sekita dan air itu, susulan perkembangan di Melaka, PAS juga tidak berhasrat untuk keluar daripada kerjasama Muafakat Nasional (MN).

“Tak ada siapa nak keluar MN kecuali dibubarkan, dan sehingga setakat ini tiada niat nak bubarkan.

“Saya fikir MN agenda besar macam saya sebut semalam ialah penyatuan umnah, ia bukan parti berdaftar tetapi gabungan dan kita harap berbalik pada asal, terbuka dan termasuk menerima NGO dalam MN.

“Tapi walau pun apa berlaku Umno akan bertanding atas tiket BN dan kita harap pertemuan dan perbincangan akan dibuat dari semasa ke semasa,” jelas Tuan Ibrahim.

PRN Melaka Saksi Pertandingan Sekurang-Kurangnya 3 Penjuru

DIBACA RAMAI >> ‘Raja Dadah’ Seperti Pablo Escobar Bakal Muncul Di Malaysia?

Tags: PRN Melaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Melaka: BN Paling Banyak Guna Retorik Kaum, Agama – Pusat Komas

21/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) didapati paling banyak menggunakan retorik kaum dan agama dalam meraih undi ketika Pilihan Raya Negeri...

PN Ambil Iktibar PRN Melaka Hadapi PRN Johor

04/02/2022
0

MASJID TANAH: Perikatan Nasional (PN) mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November lalu untuk mencipta kejayaan pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd