• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Sebut ‘Bloody Indian’ Konspirasi Jatuhkan Palanivel?

oleh Ahmad Albab
12/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAKNYA kisah pergeseran hubungan membabitkan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dengan pemimpin lain parti tersebut semakin memuncak.

Baru-baru ini, satu video memaparkan figura mirip ahli parlimen Cameron Highlands itu tersebar di laman media sosial, lantas menimbulkan pelbagai reaksi terutamanya dalam kalangan masyarakat India sendiri.

BERKAITAN: Palanivel Bersiap Sedia Hadapi Pemilihan Presiden Mei Depan

Menerusi klip video berdurasi 3 minit 16 saat itu, individu di dalamnya dirakam mengeluarkan satu kenyataan ‘kasar’ apabila menggunakan perkataan ‘bloody indian’ bagi menuding jadi kepada pengundi India di kawasan tersebut yang menjadi punca kemenangan tipis pada PRU13.

“Saya menang setiap peti undi Melayu… Saya hanya kalah di peti undi bloody Indian,” kata suara dalam rakaman berkenaan.

Sekadar informasi, pada pilihanraya umum lalu, Palanivel memenangi kerusi parlimennya dengan majoriti kecil iaitu 462 undi.

Selain itu, individu dalam video itu turut mendedahkan hubungan rapatnya dengan parti pembangkang PKR.

palanivel

Dalam satu kenyataan balas hari ini, Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, video tersebut merupakan medium yang digunakan pihak tertentu untuk menjatuhkannya.

Justeru beliau akan membuat laporan polis dalam masa terdekat agar siasatan dijalankan bagi mengheret pihak terbabit ke muka pengadilan.

Memetik kenyataan beliau di MStar Online, “Saya lihat perbuatan ini ada kaitan dengan pemilihan semula MIC dan sokongan padu pengerusi-pengerusi cawangan parti terhadap kepimpinan saya.”

– MYNEWSHUB.CC

Tags: G.PalanivelMasyarakat IndiaMICpresiden
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemaju Wajib Sediakan Tapak Rumah Ibadat Agama Lain Jejaskan Identiti Islam Di Selangor – ISMA

Pemaju Wajib Sediakan Tapak Rumah Ibadat Agama Lain Jejaskan Identiti Islam Di Selangor – ISMA

25/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menolak cadangan mewajibkan pemaju menyediakan tapak rumah ibadat agama lain dalam setiap pembangunan...

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

06/06/2026
0

JELEBU - Barisan Nasional (BN) akan bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd