• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Tak Guna Mata Wang Kripto” – Dr Mahathir

oleh Mohd Arshad
02/11/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam aktiviti penggunaan serta mempromosikan mata wang kripto.

Dr Mahathir berkata, pejabatnya sebelum ini pernah membuat laporan terhadap iklan yang mendakwa beliau melabur dan menggalakkan penggunaan mata wang kripto berkenaan.

“Saya tidak mengguna mata wang kripto.

“Saya juga tidak galakkan orang mengguna (mata wang kripto) tersebut.

Saya pegang kepada ‘flat money’ (mata wang flat) atau wang fizikal.

“Jika ada promosi dalam iklan atau laman web yang kononnya saya galakkan kegunaan mata wang kripto, ia palsu,” katanya menerusi Facebook beliau pada Isnin.

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, ada antara mereka yang terpedaya dengan iklan-iklan tersebut.

Malah, katanya, sesetengah iklan itu seolah-olah disiarkan oleh media tempatan.

“Saya difahamkan media tempatan juga sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Pihak awam perlu memaklumkan bahawa perkara seperti ini tidak mudah ditangani kerana pelbagai laman web dan iklan palsu dapat dibangunkan dengan cepat.

“Tutup satu, timbul sepuluh,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, penipuan dan pemalsuan mengguna nama beliau telah berlaku sebelum zaman media sosial dan internet.

Ujarnya, ada pihak yang terpedaya dengan promosi palsu peluang niaga yang kononnya melibatkan diri beliau.

“Sesiapa yang sangsi, boleh periksa dengan pejabat saya.

“Saya tidak pernah dan tak akan terlibat dengan apa-apa skim cepat kaya,” jelasnya.

Dr Mahathir berkata, terdapat juga laporan yang mendakwa bahawa beliau mempunyai kekayaan berbilion ringgit.

“Semasa dalam kerajaan saya sudah mengisytiharkan harta.

“Kalau ada yang masih nak percaya saya ada kekayaan berbilion, terpulanglah,” kata beliau. – Sinar Harian

Baca: Berkali-Kali Suruh Buat RCI 1MDB Dulu, Kenapa Tak Buat?

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Tags: Mata wang kriptoTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd