• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nuridah Kekal Jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS

oleh Mohd Arshad
02/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Negara, Nuridah Mohd Salleh mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan jawatankuasa sayap parti itu semalam.

Keputusan rasmi pemilihan itu diumumkan hari ini oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman.

Mohd Nurkhuzaini berkata, turut menang tanpa bertanding ialah Dr Rosni Adam bagi jawatan Timbalan Ketua serta Salmiah Mohd Noor sebagai Naib Ketua sayap itu.

Beliau berkata, pihaknya menerima 661 kertas undi melalui pengundian e-voting daripada perwakilan PAS seluruh negara pada sesi pengundian yang berlangsung semalam.

“Seramai 738 perwakilan seluruh negara layak mengundi pada muktamar kali ini.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 661 kertas undi diterima,” katanya ketika mengumumkan keputusan pengundian sayap PAS itu seperti dilaporkan portal rasmi PAS, Harakah Daily hari ini.

Sementara itu, 12 calon mendapat undian tertinggi bagi mengisi slot jawatankuasa Muslimat PAS Pusat.

Dr Najihatul Solehah Ahmad memperoleh 639 undi, manakala Dr Uyun Malik (573), Norain Husin (555), Wan Hasrina Wan Hassan (546) serta Mumtaz Md Nawi (540).

Turut tersenarai, Dr Mardiyah Hayati Salleh (539), Asma Husin (527), Zuraida Md Noor (517), Datuk Siti Ashah Ghazali (492), Dr Reen Mohd Noor (487), Faridah Ismail (486) dan Dr Azimah Ibrahim (480).

Mohd Nurkhuzaini juga mengumumkan Husna Saidon selaku Pengerusi Tetap; Timbalan Pengerusi Tetap, Nor Zarina Mohd Azhar; Pemeriksa Kira-Kira, Basmatul Uyun Yusuf dan Normilan Mangat, masing-masing mengekalkan jawatan tanpa bertanding.

Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Ke-61 yang bermula sejak semalam dan berakhir hari ini diadakan secara hibrid.

Turut berlangsung sejak semalam dan hari ini adalah Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS yang bersidang di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sementara, Muktamar Tahunan PAS kali ke-67 pula akan berlangsung pada 6 dan 7 November depan di Kuala Terengganu, Terengganu. – BH Online

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

Zamir Ghazali Dakwa Akan Keluarkan Simpanan Tabung Haji Jika UMNO-PAS Bentuk Kerajaan Persekutuan

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), Zamir Ghazali mendakwa beliau bersama keluarganya akan mengeluarkan simpanan di Tabung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd