• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 PPS Dibuka Di Kedah, Tempatkan 446 Mangsa Banjir

oleh Mohd Arshad
02/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tiga daerah di Kedah membabitkan 446 mangsa daripada 139 keluarga sehingga jam 8 pagi Ahad.

Ketua Bahagian Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, 10 PPS membabitkan tujuh di Baling, dua di Pokok Sena dan satu di Pendang.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 176 mangsa daripada 45 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah di Pendang.

“Di Baling, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Pulai menempatkan seramai 124 mangsa, Dewan Orang Ramai Banggol Derom (39), SK Tunku Putera (26), SK Keda (24), SK Siong (18) dan SK Titi Gantung menempatkan tiga mangsa.

“PPS SK Tanjung Pari masih aktif dibuka biarpun tiada mangsa sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya masih berlaku banjir dan mangsa perlu berpindah segera,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, setakat ini, keseluruhan mangsa banjir di Baling berjumlah 234 orang daripada 80 keluarga.

Tambah beliau, di Pokok Sena, PPS Surau Permatang menempatkan 22 mangsa dan PPS Masjid Sungai Durian pula seramai 14 mangsa.

“Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Pokok Sena seramai 36 orang daripada 14 keluarga,” katanya.

Katanya, orang ramai diminta berhati-hati dalam berhadapan situasi banjir selain mengawasi pergerakan kanak-kanak.

“Patuhi arahan pihak berkuasa dan pantau keselamatan ahli keluarga terutama kanak-kanak dan golongan berusia bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya. – Sinar Harian

Tags: BanjirKedahmangsa banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd