• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abang Johari Sebak, Pemergian Masing Kehilangan Besar Sarawak

oleh Mohd Arshad
31/10/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAWAS : “Saya amat sedih yang mana pagi ini beliau (Tan Sri James Jemut Masing) telah menghembuskan nafas terakhir. Sumbangannya begitu tinggi sekali,”.

Demikian reaksi Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tidak dapat menahan sebak ketika diminta memberi reaksi tentang berita duka pemergiaan Tan Sri James Jemut Masing.

Bercakap kepada media selepas Majlis Pelancaran Sarawak MYSSRBN di Trusan, Lawas, Abang Johari menyifatkan Masing telah meninggalkan legasi sebagai seorang pemimpin yang banyak memberi sumbangan kepada pembangunan negeri terutama melibatkan dasar yang seimbang kepada semua kaum di Bumi Kenyalang.

“Saya sendiri secara peribadi mengucapkan takziah kepada keluarga Tan Sri James Jemut Masing.

“Beliau adalah seorang rakan dalam kerajaan yang banyak memberi sumbangan dalam kita menguruskan negeri Sarawak lebih-lebih lagi beberapa idea beliau sejak menjadi ahli kabinet negeri di bawah tiga ketua menteri iaitu Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Tan Sri Adenan Satem serta saya sendiri,” katanya.

Pemergiaan Masing juga jelas Abang Johari, satu kehilangan besar kepada pembangunan masyarakat dan daerah di pedalaman Sarawak terutamanya dalam kalangan masyarakat dayak.

Katanya, Masing cukup berperanan dalam membangunkan kawasan Wilayah Hulu Rejang selain rakan penting Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mengasaskan Parti Rakyat Sarawak.

Masing meninggal dunia pada pukul 7.05 pagi Ahad Normah Sarawak Medical Centre, Kuching akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19.

Masing sebelum ini telah dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif COVID-19 pada 28 September lalu.

-Awani

Tags: Datuk Patinggi Abang JoharisarawakTan Sri Dr James Jemut Masing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd