• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Kenderaan Parkir Rosak Dirempuh Lori

oleh
22/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sepuluh kenderaan yang diparkir di bahu jalan di kawasan belakang Kompleks Kerajaan Parcel E, di sini, mengalami kerosakan akibat digesel sebuah lori semalam.

Kejadian yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu disahkan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz dan tidak membabitkan kemalangan jiwa atau kecederaan.

A Asmadi tidak menolak kemungkinan kenderaan yang diparkir di bahagian kiri dan kanan jalan itu menghalang kelancaran laluan, sehingga menyebabkan kenderaan lain sukar untuk melepasi jalan berkenaan.

“Daripada rakaman CCTV, saya lihat laluan jadi sempit. Mungkin pemandu lori itu lama menunggu untuk melepasi laluan namun pemilik kereta tidak muncul.

“Maka dia (pemandu lori) cuba melepasi laluan itu dengan merempuh kereta,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pemandu lori itu berjaya dikesan polis dan pihaknya akan mengambil keterangan daripada semua pihak yang terbabit.

“Apa pun kita akan siasat dahulu untuk dapatkan maklumat punca sebenar kejadian,” katanya dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menerusi rakaman CCTV yang tular, sebuah lori berwarna putih dilihat melanggar sebuah kereta berwarna merah di bahagian kiri laluan sebelum mengundur dan melanggar sebuah kereta berwarna putih.

Lori terbabit kemudiannya kelihatan melanggar kereta berwarna putih itu sekali lagi dan meneruskan perjalanan dengan melanggar beberapa kereta lain yang turut diparkir di bahu jalan sehingga menyebabkan kerosakan pada bahagian sisi kereta. – myMetro Online

Tags: kenderaan digesel loriPutrajaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Setuju Projek Jajaran Baharu  Lebuhraya Pantai Barat Secara Penswastaan

Kerajaan Setuju Projek Jajaran Baharu Lebuhraya Pantai Barat Secara Penswastaan

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-50 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini...

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd