• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Tunggu Kelulusan Kabinet Jadikan Jerlun Daerah Terbaharu

oleh Ahmad Albab
11/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah sedang menunggu persetujuan Kabinet terhadap cadangannya untuk menjadikan Jerlun daerah terbaharu di negeri itu, menurut Datuk Badrol Hisham Hashim.

Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan negeri itu berkata, sudah tiba masanya Jerlun dijadikan daerah baharu bagi membolehkan ia dibangunkan dengan lebih pesat dan tidak lagi menjadi sebahagian daripada daerah Kubang Pasu.

Pada masa ini, Kedah memiliki 12 daerah dan jika cadangan menjadikan Jerlun sebuah daerah diluluskan, ia akan muncul sebagai daerah ke-13 di negeri yang dikenali sebagai Negeri Jelapang Padi Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini semalam selepas merasmikan Majlis Penutup Wacana Integriti Anggota-Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah 2015.

Sementara itu Badrol menasihatkan anggota majlis PBT supaya melaksanakan transformasi sama ada berbentuk fizikal atau minda bagi membolehkan perubahan lebih baik disalurkan kepada masyarakat setempat.

“Transformasi fizikal mudah dicapai dengan suntikan modal berjuta, tetapi transformasi minda bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai kerana ia memerlukan perubahan sikap dan daya fikir di luar kotak,” katanya.

Badrol berkata, beliau mahu anggota majlis PBT menyelesaikan permasalahan menggunakan daya kreativiti tersendiri dan di luar sempadan kebiasaan, bertujuan membantu meningkatkan pencapaian di kawasan masing-masing.

Untuk meningkatkan pencapaian PBT, kerajaan negeri katanya, bersetuju untuk memberi ‘Caruman Membantu Kadar Hartanah Kerajaan Negeri Kedah’ kepada semua PBT berjumlah RM724,000 yang telah diluluskan dalam Bajet Negeri 2015, katanya. – BERNAMA

Tags: kabinetKedah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

05/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang semalam bagi tujuan pertuduhan selepas agensi itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd