• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sesi ‘Minum Teh’ Pemimpin UMNO, PAS Buka Spekulasi

oleh
13/10/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sesi ‘minum teh’ antara pemimpin kanan UMNO dan PAS membuka spekulasi mengenai kemungkinan Muafakat Nasional (MN) diperkasakan semula terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak lama lagi.

Gambar berkaitan yang tular di media sosial dipercayai di sebuah restoran itu membabitkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

Turut dilihat hadir Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Gambar pertemuan itu juga dikongsi di Facebook oleh Mohamad dan Asyraf pada petang Selasa.

Mohamad sekadar menulis mengenai sesi minum teh dan menyebut pemimpin yang hadir namun coretan Asyraf memberi gambaran mereka mahu memperteguhkan kerjasama.

“Sama-sama mencari titik-titik persamaan demi memperteguhkan ukhuwwah,” kata Asyraf.

Perkongsian gambar itu mendapat reaksi positif netizen yang mahu kedua pihak meneruskan kerjasama yang telah terjalin melalui MN.

Turut mencuri tumpuan ialah komen ringkas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad dalam perkongsian oleh Mohamad dan Asyraf yang memberi galakan ke arah memperkukuhkan kerjasama.

“Hendak seribu daya,” tulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas itu.

Hubungan UMNO dan PAS melalui MN kelihatan sedikit kendur apabila PAS lebih cenderung kepada Perikatan Nasional (PN) sewaktu pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PAS juga konsisten untuk bekerjasama dengan UMNO dan BERSATU dan kebanyakan pemimpin kanannya kerap menyatakan parti itu mahu memperkasakan MN dan mempertahankan PN.

Malah PAS juga mahu menjadi pendamai antara UMNO dan BERSATU supaya kedua-dua parti itu tidak bertanding secara berasingan dalam PRN Melaka jika diadakan.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh, pada Ahad lalu berkata parti itu mahu PRN Melaka menjadi model kepada perpaduan orang Melayu sekali gus menyumbang kepada kestabilan politik yang dapat melonjakkan ekonomi negara selain mengikis sifat kebencian rakyat terhadap ahli politik yang cenderung berpecah-belah.

Bagaimaapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam wawancara dengan sebuah portal baru-baru ini mempersoalkan sama ada MN masih wujud dan pada 5 Oktober lalu beliau menjelaskan masih ada ruang untuk menyelamatkan ‘the real Muafakat Nasional’.

“Tetapi UMNO tidaklah ‘rigid‘. Masih ada ruang untuk mempertahankan ‘The Real Muafakat Nasional’ jika PAS bersedia.

“Ramai berharapkan begitu, namun dalam keadaan sekarang UMNO perlu berdepan dengan realiti semasa,”katanya.

Pemerhati politik menyifatkan kenyataan Ahmad Zahid berkenaan ‘the real MN’ itu membawa maksud UMNO hanya mahu bersama PAS tanpa pembabitan BERSATU berikutan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang memuktamadakan kerjasama dengan PN akan berakhir apabila Parlimen dibubarkan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Kredit: BH Online

Tags: muafakat nasionalPASPilihan Raya Negeri MelakaUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hamzah Tubuh Parti Wawasan Negara Jalin Kerjasama Dengan PAS

Hamzah Tubuh Parti Wawasan Negara Jalin Kerjasama Dengan PAS

13/06/2026
0

TANAH MERAH - Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin menubuhkan parti baharu dikenali sebagai...

Bersatu Kesal PAS Cuba Rampas PN Yang Diasaskan Muhyiddin

Bersatu Kesal PAS Cuba Rampas PN Yang Diasaskan Muhyiddin

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempersoalkan tindakan PAS yang didakwa berusaha merampas Perikatan Nasional (PN) walaupun gabungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd