PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk membenarkan rakyat di negara ini melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia.
Beliau bagaimanapun berkata, pengembara masih perlu menjalani kuarantin wajib sebaik pulang ke tanah air.
“Kebenaran ini juga akan mula berkuat kuasa pada 11 Oktober 2021.
Baca: Kerajaan Benar Rentas Negeri Bermula Esok
“Keputusan pemansuhan ini antaranya untuk menghubungkan ahli keluarga dan pasangan yang terpisah, rakyat Malaysia yang ke luar negara bagi tujuan bekerja dan mereka yang menjalankan urusan perniagaan.
“Bagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada individu yang lengkap divaksin,” katanya pada Sidang Media Khas pada Ahad.

