• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Video Penceramah Bebas

oleh
07/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menjalankan siasatan berhubung klip video tular mengandungi kenyataan didakwa berbaur penghinaan agama dan kaum oleh seorang penceramah bebas, Ustaz Mohd Syakir Nasoha.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, video berdurasi satu minit yang mula tular di beberapa aplikasi media sosial seperti TikTok, Facebook dan WhatsApp sejak beberapa hari yang lalu itu mengundang kemarahan orang ramai.

Menurutnya, siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5 mengikut Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan masih diteruskan dan polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“Polis turut menasihatkan orang ramai supaya cakna dan prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama serta kaum,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Abd Jalil berkata, orang ramai digesa supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya. – myMetro Online

Tags: Hina Agamapenceramah bebasperkaumanUstaz Mohd Syakir Nasohavideo tular
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hukum Penjawat Awam Ingkar Ikut Syariat Islam

Next Post

Tinggal 1.2 Peratus Lagi…

Related Posts

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

23/04/2025
3

GEORGE TOWN - Seorang guru wanita berusia 27 tahun dari Machang Bubok, Seberang Perai Tengah membuat laporan polis selepas menerima...

Vijayan Savarinathan Mengaku Salah, Mohon Maaf Hina Islam

Vijayan Savarinathan Mengaku Salah, Mohon Maaf Hina Islam

10/03/2025
0

SHAH ALAM - Pemilik akaun Facebook ‘Vijayan Savarinathan’ tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas tular satu video yang dimuat...

Next Post

Tinggal 1.2 Peratus Lagi...

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd