• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ramai Pemimpin, Ahli Mahu Kembali Sertai UMNO” – Zahid

oleh Mohd Arshad
04/10/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa lebih ramai pemimpin dan ahli BERSATU menyatakan hasrat untuk kembali menyertai semula parti itu.

Katanya, UMNO sedia memperhalusi setiap permohonan mereka, termasuk bekas ahli yang sebelum ini dikenakan tindakan tatatertib oleh parti.

“UMNO mengalu-alukan ‘sirih pulang ke gagang’ kepada mereka yang akhirnya menyedari UMNO jua parti yang benar, tulus serta jujur dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.

“Difahamkan, ramai lagi pimpinan BERSATU merisik peluang kembali ke pangkuan UMNO. Insya-Allah kita perhalusi setiap permohonan dengan berlapang dada dan jiwa yang besar. Bukan saja dalam kalangan pemimpin, malah ahli biasa mana-mana parti sekali pun kerana UMNO akan menggembleng segenap kekuatan bagi berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau.

Ahmad Zahid mengulas keputusan bekas Ketua BERSATU Putrajaya bersama lebih 120 ahli parti itu yang kembali menyertai UMNO beberapa hari lalu.

“Sebelum itu ada pimpinan BERSATU sudah pun terlebih dulu meninggalkan BERSATU bagi menyertai semula parti terbesar bangsa Melayu. Selagi kepulangan mereka kepada UMNO dengan hati nurani yang ikhlas berserta roh dan semangat untuk perjuangan UMNO yang mulia,” katanya.

Beliau turut mengingatkan tindakan itu jangan disamakan dengan perbuatan curang wakil rakyat melompat parti selepas pilihan raya yang jelas satu penipuan kepada rakyat.

Selepas PRU-14 lalu, seramai 15 Ahli Parlimen UMNO mengambil keputusan keluar parti dan menyertai BERSATU yang kini menerajui Perikatan Nasional (PN). – BH Online

Baca: UMNO Akan Pertahan Semua Kerusi Parlimen, DUN – Zahid

IKUTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Tags: Ahmad Zahid HamidiUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

05/09/2026
0

KALAU benar UMNO dan PAS mahu menghidupkan kembali penyatuan ummah buatlah betul-betul. Bercakap soal penyatuan tapi macam-macam cekadaknya. Banyak perbedaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd