• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bapa, Penjaga Dibenarkan Teman Remaja Semasa Vaksin

oleh Cj Mnh
04/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bermula esok, sama ada ibu atau bapa atau seorang penjaga dibenarkan menemani remaja masuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (gambar) berkata, Jawatankuasa Bertindak Immunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) bersetuju memberi kelonggaran itu bagi mengelakkan keraguan dalam proses vaksinasi remaja.

Mynewshub

Kata beliau, ibu atau bapa atau penjaga boleh menemani remaja di stesen satu untuk mengambil bacaan suhu badan, stesen dua (pendaftaran vaksinasi), stesen tiga (kebenaran ibu/bapa/penjaga dan konsultasi) dan stesen empat (pemberian vaksin).

“Setelah selesai proses vaksinasi, ibu atau bapa atau penjaga diminta menunggu di luar bagi memastikan kersui yang disediakan di kawasan pemerhatian mencukupi untuk remaja yang telah divaksinasi duduk dan diawasi.

“Selepas tamat tempoh pemerhatian 15 hingga 30 minit, remaja akan dikembalikan kepada jagaan ibu atau bapa atau penjaga,” katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi CITF-A berkata, individu dewasa yang menemani dibenarkan untuk merakam video suntikan ke atas remaja ketika proses vaksinasi berlangsung.

Katanya, seperti SOP sebelum ini, petugas kesihatan (penyuntik) perlu menunjukkan picagari vaksin yang diisi dengan sempurna kepada penerima.

Dalam pada itu beliau memaklumkan pihak Healthcare Organisation telah memberhentikan serta-merta petugas kesihatan yang viral menyuntik picagari kosong terhadap seorang remaja berusia 12 baru-baru ini.

Kejadian berlaku pada 30 September lepas di PPV Universiti Malaya.

Baca: Vaksin COVID-19: CITF-A Mohon Maaf Isu Picagari Kosong

Kerajaan kata Dr Azmi memandang serius insiden seperti itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan proses vaksinasi dilakukan dengan selamat dan sempurna. – Mynewshub.TV

Ikuti Twitter Mynewshub di sini

Tags: DivaksinPPV
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemberian Sinovac Kepada Kanak-kanak Bermula Esok

06/03/2022
0

Putrajaya: Pemberian vaksin CoronaVac (Sinovac) yang diluluskan pada 3 Mac lalu kepada kanak-kanak akan bermula esok. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk...

412 PPV Untuk PICKids Secara Walk-In

03/03/2022
0

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan menambah sebanyak 412 pusat pemberian vaksin (PPV) bagi melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd