• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemberian Sinovac Kepada Kanak-kanak Bermula Esok

oleh Mohd Arshad
06/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya: Pemberian vaksin CoronaVac (Sinovac) yang diluluskan pada 3 Mac lalu kepada kanak-kanak akan bermula esok.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pemberian vaksin berkenaan hanya akan diberikan kepada kanak-kanak yang tidak boleh menerima vaksin Comirnaty (Pfizer) atas faktor kesihatan.

Beliau berkata, selain itu ibu bapa juga diberi pilihan untuk mendapatkan vaksin Sinovac ini kepada anak mereka sekiranya tidak bersetuju untuk memberikan pelalian jenis Pfizer.

“Mulai esok (7 Mac), Kementerian Kesihatan (KKM) akan mula menawarkan vaksin Sinovac ini di Pusat Pemberian Vakin (PPV) terpilih dan ibu bapa boleh menyemak senarai nama serta waktu operasi PPV yang menawarkan vaksin berkenaan secara walk-in di laman web KKM serta PHCorp,” katanya dalam kenyataan hari ini.

CoronaVac adalah vaksin kedua yang diluluskan penggunaannya selepas vaksin Comirnaty.

Sebelum ini, antara PPV yang boleh memberikan vaksin kepada kanak-kanak secara walk-in adalah PPV Mega Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, PPV Soka Gakkai dan PPV Axiata.

Dalam pada itu Dr Azmi Ghazali, penawaran vaksin Sinovac di PPV yang dikendalikan oleh KKM dan PHCorp dibawah PICKids adalah secara percuma.

“Selain daripada program PICKids, terdapat juga klinik dan hospital swasta yang menawarkan vaksin Sinovac kepada kanak-kanak lima hingga 11 tahun dengan bayaran,” katanya.

Dr Noor Azmi berkata, vaksin Sinovac ini hanya boleh diberi apabila kanak-kanak mencapai usia lima tahun pada tarikh lahir dan bagi mendapatkan status vaksinasi lengkap, dua dos vaksin Sinovac akan diberikan kepada kanak-kanak lima hingga 11 tahun dengan selang masa empat minggu.

Dalam pada itu, Dr Noor Azmi berkata, walapun vaksin Sinovac itu sudah diluluskan, namun vaksin Comirnaty (Pfizer) dengan formulari kanak-kanak adalah vaksin yang diberi keutamaan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

“Ia termasuklah kanak-kanak yang mempunyai risiko tinggi dan terdapat komorbiditi seperti ada rendah imun atau immunocompromised, penyakit paru-paru kronik, penyakit jantung, kencing manis, obesiti dan penyakit lain,” katanya.

HarianMetro-

Tags: KKMPICKidsPPVVaksin Sinovac
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd