• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

208 Kematian Covid-19 Dilaporkan, 120 Kes Tertunggak

oleh
30/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sejumlah 208 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam termasuk 120 kes tertunggak menjadikan jumlah keseluruhan angka korban di negara ini meningkat kepada 26,143 kes.

Menerusi data yang dikongsi dalam laman web COVIDNOW, sebanyak 88 kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam iaitu sehingga 11.59 malam semalam.

Selain itu, terdapat 64 kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), sekali gus menjadikan jumlah pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sebelum mendapat bantuan perubatan sebanyak 5,232 kes.

Lembah Klang melaporkan kes kematian tertinggi termasuk kes tertunggak iaitu 80 kes membabitkan Selangor (76) dan Kuala Lumpur (4).

Selain itu, masing-masing 30 kes kematian dilaporkan di Johor dan Pulau Pinang, Sabah (22), Kedah (12), Kelantan (9), Perak (8), Terengganu (7), masing-masing empat di Pahang dan Perlis serta Sarawak (2).

Empat lagi negeri dan wilayah iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya pula tidak melaporkan sebarang pertambahan kes kematian akibat Covid-19.

Setakat ini, sebanyak 169,718 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 direkodkan, dan daripada jumlah itu 82.8 peratus atau 140,598 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Sebanyak 18,957 pesakit Covid-19 atau 11.2 peratus turut diletakkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), hospital (9,185), unit rawatan rapi (ICU) dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (413) serta ICU dan memerlukan alat bantuan pernafasan (565). – myMetro Online

Tags: kematian covid-19meninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd