• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Catat Angka Kematian Covid-19 Tertinggi

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Johor merekodkan angka tertinggi kematian Covid-19 dengan 47 kes daripada 240 kes kematian, demikian data dipaparkan pada laman web CovidNow.

Menurut maklumat yang dikemas kini pukul 11.59 malam tadi, daripada jumlah kematian yang dilaporkan, sebanyak 89 kes kematian sebenar bagi tempoh purata tujuh hari, menjadikan jumlah kematian Covid-19 di seluruh negara mencecah 25,935 kes.

“Terdapat 71 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan jumlah kumulatif kes BID sebanyak 5,168 kes,” menurut data tersebut di sini hari ini.

Dalam pada itu, negeri-negeri lain yang mencatatkan kematian ialah Selangor (41), Sabah (38), Kuala Lumpur (21), Kedah (20), Pulau Pinang (18), Sarawak (15), Kelantan (14), Perak (10), Terengganu (7), Melaka (4), Pahang (4) dan Perlis (1).

Selain itu, tiada kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 174,492 kes aktif melibatkan 144,631 kes dikuarantin di rumah, 19,598 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 9,278 kes di hospital, 422 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 563 kes di ICU memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tags: kematian covid-19meninggal dunia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Hasmah Mohd Ali meninggal dunia hari...

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

29/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers, Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey, 63, meninggal dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd