• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cubaan PAS Lagakan PM, TPM

oleh Ahmad Albab
10/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS yang kononnya parti berlandaskan Islam tetapi hakikatnya sedang cuba menjejaskan silaturahim di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Parti itu melalui satu kenyataan berbaur hasutan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa hanya Muhyiddin boleh diharapkan untuk menangani isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Justeru, beliau meminta Muhyiddin terlebih dahulu mendapatkan sokongan Kabinet bagi membolehkan Timbalan Perdana Menteri menggantikan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan buat sementara waktu.

“TPM (Muhyiddin) juga perlu memberi nasihat kepada PM (Najib) agar tidak memberi sebarang arahan kepada 1MDB.

“Sebolehnya beliau (Muhyiddin) sendiri menjadi Pengerusi Penasihat 1MDB untuk memastikan kerjasama sepenuhnya diberikan 1MDB kepada Ketua Audit Negara,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib sebelum ini yang mengarahkan Ketua Audit Negara untuk meneliti secara bebas akaun 1MDB.

Laporan Ketua Audit Negara itu akan diserahkan untuk pemeriksaan telus kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang bersifat bipartisan sepenuhnya dan mencerminkan komposisi Parlimen. – mynewshub.cc

Tags: Najib Tun RazakPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd