• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 April Sebutan Semula Kes Zamani

oleh Ahmad Albab
10/03/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Ampang hari ini menetapkan 10 April bagi sebutan semula kes memiliki dan mengambil dadah melibatkan bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani, dan pembantu peribadinya.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan tarikh itu bagi menunggu laporan kimia dan penyerahan dokumen kes berkenaan.

Di luar mahkamah, peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili Zamani, atau nama penuhnya Zamani Ibrahim, 43, memaklumkan bahawa anak guamnya masih dalam proses pemulihan dan mempunyai lima bulan lagi untuk berada di pusat pemulihan sebelum bersedia bertemu masyarakat.

“Alhamdulillah, kesihatan Zamani menunjukkan perkembangan positif dan berat badannya juga telah naik daripada 45 kilogram kepada 54 kilogran dalam masa lebih sebulan di pusat pemulihan itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kes itu disebut hari ini.

Zamani dan Nur Juliana Abdul Rani, 32, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersama-sama memiliki 1.2 gram heroin di satu alamat di Taman Keramat di sini pada kira-kira 12.30 pagi, 21 Jan lepas.

Penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu juga didakwa telah mengambil dadah jenis morfin di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini, kira-kira 2 pagi pada tarikh sama.

Nur Juliana pula didakwa mengambil dadah jenis Amphetamine pada kira-kira 2.05 pagi di tempat dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan memiliki dadah, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan mengambil dadah, mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurdeenie Abdul Rashid.

– BERNAMA

Tags: zamani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zamani Akhirnya Bersanding Atas Pelamin

02/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Vokalis Slam, Zamani seperti bermimpi apabila  diberi kesempatan bersanding di atas pelamin pada usia menghampiri 50 tahun....

Zamani Selamat Menamatkan Zaman Bujang

22/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Dengan sekali lafaz, penyanyi Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim selamat menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd