• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petisyen FreeAnwar Dipadam, Mungkin Sebab Langgar Syarat

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

ADA suara-suara sumbang menuduh penglibatan Putrajaya telah mempengaruhi tindakan pengendali We The People mengeluarkan satu petisyen menuntut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari laman sesawang tersebut sebelum ia sempat menerima 100,ooo tandatangan.

Petisyen tersebut dinaikkan dalam laman itu, bagi mendapatkan sokongan Rumah Putih agar ketua pembangkang berkenaan dibebaskan dari hukuman penjara atas kesalahan liwat pada 2008.

BACA: Petisyen ‘FreeAnwar’ Dipadam Dari Laman Web Rumah Putih

anwar

Setelah petisyen itu dikeluarkan, cubaan untuk mengaksesnya akan mengeluarkan kenyataan berbunyi:

“The petition you are trying to access has been removed from the site under our Moderation Policy because it is in violation of our Term of Participation” (Petisyen yang diakses anda telahpun dipadamkan dari laman ini di bawah ‘Moderation Policy’ kerana ia telah melanggar syarat).

Tinjauan Mynewshub mendapati, sebelum mengemukakan sebarang petisyen untuk diteliti Rumah Putih, terdapat beberapa syarat yang perlu dipersetujui pemohon.

White-House

Antaranya, akaun yang dibuat tidak mempunyai apa-apa informasi yang mengancam mahupun memberikan impak negatif kepada mana-mana pihak atau kumpulan.

Andai si pemohon atau pengemuka petisyen gagal memenuhi syarat asas tersebut, pihak pengendali laman sesawang tersebut akan menghalang pemilik akaun untuk mengakses seterusnya memadamkan petisyen yang dikeluarkan dalam laman tersebut.

Selain itu, pemilik akaun juga perlu mengemukakan petisyen yang bersesuaian dengan misi We The People diwujudkan iaitu menjadi platform kepada individu untuk memohon pihak pentadbiran mengambil tindakan terhadap sesuatu isu.

Pengadu boleh mengemukakan sesuatu masalah, menyokong atau menolak sesuatu kertas cadangan, ataupun mengubah mahupun meneruskan polisi sesebuah kerajaan.

Namun demikian, pihak pengendali masih membuka peluang kepada si pemohon untuk mengemukakan rayuan andai petisyennya dipadamkan.

Bagi mendapatkan informasi lebih lanjut tentang peraturan mahupun fakta asas tentang We The People, bolehlah mengunjungi laman sesawang tersebut. (KLIK Sini)

– MYNEWSHUB.CC

Buskers Sogo Bungkus Awal, Risau Keselamatan Terancam

https://www.youtube.com/watch?v=QiKOdRY8BfE

Tags: Anwar IbrahimDAPpembangkangWhite House
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd