• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Badan Khas Tangani Harga Ayam

oleh Cj Mnh
20/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAMERON HIGHLANDS – Kewujudan satu badan khas bagi memantau dan menangani isu kenaikan harga ayam di pasaran tempatan perlu direalisasikan, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Ronald Kiandee.

Justeru, katanya, perbincangan menyeluruh akan dibuat bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memastikan perkara itu dapat dilaksanakan secara sistematik dan berkesan.

“Bagi kita, badan khas itu lebih kepada bidang kuasa KPDNHEP selaku kementerian yang bertindak terhadap kenaikan harga (barangan).

“Di pihak MAFI, kita menyambut baik sebarang perbincangan (penyelesaian) kerana pendirian kita, kos pengeluaran (makanan ayam) ditanggung pihak industri dan kos (harga ayam) sepatutnya dikenakan kepada rakyat perlu seimbang,” katanya selepas melawat Program Vaksinasi Barisan Hadapan Industri Agromakanan (AiVAC), di Dewan Serbaguna Kampung Raja, di sini hari ini.

Semalam Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata sesi perbincangan bersama MAFI secara berterusan perlu diadakan bagi menangani permasalahan harga makanan ayam yang tinggi disuarakan kebanyakan penternak.

Beliau menegaskan perbincangan itu menyasarkan isu kos tinggi meliputi dedak ayam yang diimport, harga baka ayam dan anak ayam yang mempengaruhi harga ayam di peringkat pengguna.

Dalam pada itu, Ronald berkata pihaknya berpendapat bantuan subsidi bagi menampung kos pengimportan dan komponen makanan ternakan juga antara mekanisme yang mampu memberi kesan positif dalam menstabilkan semula kenaikan harga ayam di pasaran.

Terdahulu, mengenai program AiCAV beliau berkata lebih 17,000 pekerja sektor penanaman sayur di kawasan tanah tinggi itu akan menerima suntikan vaksin COVID-19 melalui program tersebut yang bermula 27 Ogos lalu.

Katanya, sebanyak 400 syarikat menyertai program itu yang dilihat sebagai langkah proaktif bagi menjamin kelangsungan rantaian bekalan makanan negara.

“Sehingga kini sebanyak 10,000 pekerja telah menerima dos pertama, baki 7,000 pekerja lagi akan divaksin bermula semalam hingga 27 September ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: ayamhargaRonald Kiandee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Bitcoin Capai Paras Tertinggi Dalam Sejarah

Harga Bitcoin Capai Paras Tertinggi Dalam Sejarah

20/01/2025
0

MOSCOW: Harga Bitcoin sekali lagi mencapai paras tertinggi harian bersejarah, melepasi AS$109,000, menurut data dagangan pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti....

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

18/01/2025
0

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta kerajaan Sabah mengambil langkah serius...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd