• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Cadang Skim i-Survive RM5,000, i-Citra RM10,000

oleh
15/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadang memperkenalkan skim i-Survive membabitkan pemberian pinjaman automatik sehingga RM5,000 kepada orang ramai.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia sebagai langkah membantu rakyat dan menaikkan aliran tunai dalam ekonomi negara.

“Mengambil kira kerajaan dikatakan tidak ada banyak duit untuk bantu rakyat, saya cadangkan skim i-Survive iaitu skim pinjaman mudah dengan caj perkhidmatan sebenar paling rendah sebanyak RM3,000 hingga RM5,000 pada setiap pemohon.

“Sesiapa daripada golongan B40, M40 boleh memohon kepada bank dan akan diluluskan secara automatik untuk dibayar terus ke dalam akaun pemohon dalam tempoh dua hingga tiga hari,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Najib yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, pinjaman itu akan disediakan oleh bank dengan jaminan penuh kerajaan dan caj perkhidmatan sebenar maksimum cuma tiga peratus bagi tempoh pembayaran balik tiga tahun.

Menurut beliau, kerajaan akan membantu pembayaran balik pada setiap tahun dengan geran atau potongan daripada Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

“Bank jangan bimbang tidak cukup dana untuk skim i-Survive kerana jika 10 juta memohon baru RM50 bilion iaitu tidak sampai 10 peratus daripada jumlah pinjaman diberi oleh bank pada hari ini.

“Sesungguhnya bank di Malaysia mencatatkan keuntungan tinggi walaupun dalam keadaan pandemik,” katanya.

Beliau seterusnya meminta kerajaan menaikkan pengeluaran wang KWSP menerusi skim i-Citra kepada RM10,000 dengan syarat kerajaan bersungguh menaikkan semula aset KWSP dengan memberi lebih banyak peluang perniagaaan kepada syarikat milik KWSP. – K! ONLINE

Tags: bantuan prihatin nasionali-Citrai-SurviveKWSPnajib razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Kan Hari Tu Dah Pesan” – FB Najib Razak

“Kan Hari Tu Dah Pesan” – FB Najib Razak

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook rasmi Najib Razak memuat naik sindiran selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dengan mengulangi...

Gambar Najib Bersama Proton Perdana 18,000 ‘Like’ Dalam Masa Singkat

Gambar Najib Bersama Proton Perdana 18,000 ‘Like’ Dalam Masa Singkat

07/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Gambar lama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di sisi kenderaan rasmi Proton Perdana ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd