• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MoU Adalah Tawaran Baharu

oleh
14/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerjasama yang dimeterai dalam memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) adalah satu tawaran baharu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata oleh kerana itu PH menganggapnya sesuatu yang boleh dilakukan.

“Ini kerjasama dengan pendekatan baharu, ia boleh berlaku, pertama kerana sikap positif Perdana Menteri, (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), kalau tidak tentu ada kesukaran. Kedua, ada nasihat daripada Raja-Raja Melayu mengenai kestabilan. 

“Jadi, kerjasama harus diteruskan, mesyuarat perlu diadakan secara berkala dan lampiran harus didedah kepada awam tanpa perlu dirahsiakan.

“Kita masih terus bersuara, kalau tak bunyi apa-apa, orang kata lain nanti. Saya boleh jamin, ini adalah kerjasama dan perundingan,” katanya membahaskan usul junjung kasih kepada Titah Diraja pada sidang Dewan Rakyat hari ini. 

MoU mengenai Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan PH dimeterai Ismail Sabri dan Anwar serta ketua-ketua parti PH di bangunan Parlimen di sini semalam.

Butiran MoU itu juga didedahkan kepada umum hari ini selaras persetujuan kedua-dua pihak. 

Anwar berkata MoU itu menjelaskan peranan PH sebagai pembangkang untuk menolak jika tidak ada rundingan dijalankan. 

Beliau akui, sebaik rundingan dimulakan sebelum ini sehingga MoU itu dimeterai semalam, pelbagai pihak melemparkan kritikan terhadapnya serta pemimpin PH sendiri kononnya peranan pembangkang semakin terhakis. – BH Online

Tags: Anwar IbrahimMemorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politikpakatan harapan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim menolak tanggapan bahawa gelombang biru dan...

PH Akan Bangkit Dalam Masa Terdekat – Ismail Salleh

PH Akan Bangkit Dalam Masa Terdekat – Ismail Salleh

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh yakin PH akan bangkit dalam masa terdekat. Kata beliau,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd