• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen, Pegawai Jalani Ujian RTK Setiap Isnin, Rabu

oleh
14/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua Ahli Parlimen dan pegawai bertugas diwajibkan menjalani ujian RTK berkala pada setiap Isnin dan Rabu sepanjang tempoh persidangan Dewan Rakyat bagi mengawal penularan COVID-19.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata saringan berkala itu akan dijalankan di Dewan Bankuet dan Dewan Serbaguna, dijangka mengambil masa kira-kira 20 minit.

Beliau berkata, Ahli-ahli Parlimen juga disyorkan melakukan sistem penggiliran ketika berada dalam dewan.

“Pasukan pemantauan Kementerian Kesihatan (KKM) akan berada di Parlimen untuk pastikan peraturan berjalan. Ahli Parlimen digalakkan memakai pelitup muka berganda dan pelindung muka ‘face shield’ ketika dalam Parlimen.

“Pengurusan Parlimen juga sudah menambah baik sistem pengudaraan dan penyaman udara,” katanya ketika persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Sidang Parlimen hari kedua bermula pada hari ini dengan kebenaran masuk ke Parlimen bagi petugas media dan pegawai diperketatkan.

Selain perlu menjalani ujian RT-PCR, petugas media juga dihadkan pergerakan di dalam Parlimen dan hanya perlu berada di bilik media.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 28 individu termasuk dua Ahli Parlimen dan seorang Senator disahkan positif COVID-19 dalam ujian saringan yang dibuat sempena sidang Parlimen.

Beliau berkata, dua Ahli Parlimen terbabit disahkan positif menerusi saringan di luar Kompleks Parlimen manakala Senator dan 25 kakitangan Parlimen disahkan positif selepas saringan dijalankan. – BH Online

Tags: Ahli Parlimenpandemik COVID-19pegawai parlimenpersidangan dewan rakyatUjian RTK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan...

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd