• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usul Pemilihan Timbalan Speaker Dibentang Hari Ini

oleh
14/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu adalah antara tumpuan persidangan Parlimen hari ini.

Pemilihan jawatan yang dikosongkan Datuk Seri Azalina Othman Said itu mendahului senarai usul Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul pada persidangan Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang berlangsung selama 17 hari mulai semalam.

Usul itu dibuat susulan Azalina yang merupakan Ahli Parlimen Pengerang, meletak jawatan pada 23 Ogos.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon pada Ahad memaklumkan kepada Bernama, nama calon daripada blok pembangkang dan kerajaan telah diterima dan sekiranya terdapat lebih daripada seorang calon, undi belah bahagian akan dijalankan.

Setakat ini dua nama disebut-sebut bakal dicalonkan iaitu Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan yang merupakan calon blok kerajaan dan Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming calon Pakatan Harapan (PH).

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat yang bermula 10 pagi itu, akan dimulakan dengan sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri disusuli sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan sebelum diteruskan dengan usul menjunjung kasih dan perbahasan Titah Diraja.

Persoalan sama ada kerajaan akan menyemak semula dasar program ‘Malaysia My Second Home’ (MM2H) dan industri ekonomi berkaitan terhadap syarat-syarat baharu program itu, merupakan antara tumpuan pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.

Turut dibangkitkan adalah soalan berkaitan sasaran kerajaan bagi mencapai tahap penyediaan katil hospital yang lebih tinggi untuk kemudahan kesihatan lebih selesa dan mengenai kadar pengangguran rakyat sehingga Ogos tahun ini.

Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada Selasa adalah mesyuarat pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Istiadat pembukaan Parlimen yang berlangsung semalam disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – BERNAMA

Tags: persidangan parlimentimbalan yang dipertua dewan rakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Usul Pelantikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ditangguh

25/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Usul pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dijadual hari ini ditangguhkan dan dibawa ke persidangan akan...

Mat Maslan Kena Terima Teguran Rakan

15/09/2021
0

Assalamualaikum wbt. Saya memerhati sidang parlimen hari ini untuk melihat proses pengundian untuk melantik Timbalan Speaker. Dengar kata Pembangkang mencalonkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd