• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

104 Kes Kematian COVID-19 Semalam

oleh
14/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angka korban disebabkan COVID-19 di Malaysia terus merekodkan pola penyusutan sejak 3 September lalu dengan terbaharu 104 kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam, semalam.

Berdasarkan pangkalan maklumat COVIDNOW kendalian Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 309 kes kematian tertunggak atau ‘back log’ disahkan semalam, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia ialah 413 kes.

Mengikut perangkaan itu, sebanyak 176 kes kematian di luar kemudahan kesihatan (BID) yang menjadikan jumlah keseluruhan 3,958 meninggal dunia sebelum bantuan perubatan berupaya diberikan.

Secara perbandingan keseluruhan, Selangor menjadi negeri tertinggi melaporkan kes kematian semalam termasuk jumlah tertunggak iaitu 111 kes, diikuti Kedah (54), Johor (52), Sabah (39), Kelantan (38), Pulau Pinang (33) dan Negeri Sembilan (29).

Turut mencatatkan kes kematian ialah Pahang dengan 15 kes, Melaka dan Perak masing-masing 13 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (lapan) serta Sarawak dan Terengganu masing-masing lima kes.

Hanya tiga wilayah iaitu Perlis, Wilayah Persekutua Labuan dan Putrajaya tidak melaporkan sebarang pertambahan kes kematian semalam.

Sementara itu, bagi kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini, COVIDNOW memaklumkan sebanyak 228,124 kes dilaporkan sehingga jam 11.59 malam semalam, dengan 188,563 atau 82.7 peratus masih menjalani kuarantin di rumah.

Selain itu, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRC) setakat semalam menempatkan 25,350 kes (11.1 peratus), hospital (12,910), manakala unit rawatan rapi (ICU) yang memerlukan alat bantuan pernafasan ialah 687 kes dan tanpa alat bantuan pernafasan (614). – BH Online

Tags: kematian covid-19KKMmeninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd