• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baucar Tunai BKC Perlu Sampai Kepada Penerima Tanpa Lewat – PM

oleh
06/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahukan supaya baucar tunai Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang disediakan Kementerian Kewangan sampai ke tangan penerima tanpa sebarang kelewatan.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata perdana menteri telah meminta supaya Kementerian Kewangan memastikan kelancaran proses pengagihan BKC khususnya bagi penerima yang berada di kawasan pedalaman, jauh daripada akses perbankan dan tidak memiliki akaun bank.

Menurut kenyataan itu berdasarkan data Kementerian Kewangan terdapat kira-kira 708,223 penerima BKC tidak mempunyai akaun bank.

“Justeru Perdana Menteri mahu baucar tunai yang disediakan Kementerian Kewangan sampai ke tangan penerima terlibat tanpa sebarang kelewatan,” menurutnya.

Terdahulu Perdana Menteri meninjau sendiri proses pembayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa 1 secara dalam talian hari ini, dan pembayaran BKC telah dikreditkan kepada 10 juta penerima.

Rabu lalu, Ismail Sabri mengumumkan BKC akan dibayar secara berperingkat dengan bayaran fasa satu dikreditkan mulai 6 September dan dijangka selesai pada 10 September, dengan dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC.

BKC layak diterima golongan miskin tegar dan B40 dengan jumlah pendapatan RM5,000 dan ke bawah untuk isi rumah dan warga emas, serta bujang dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah, berdasarkan kriteria kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021).

Golongan M40 yang melaporkan cukai pendapatan dengan jumlah pendapatan RM5,001 hingga RM9,000 untuk isi rumah dan RM2,501 hingga RM5,000 untuk bujang juga layak menerima BKC.

Di bawah BKC, kategori miskin tegar, isi rumah akan menerima RM1,300; warga emas sebatang kara (RM500) dan bujang (RM500). Bagi kategori B40, isi rumah akan menerima RM800, warga emas sebatang kara (RM200) dan bujang (RM200); manakala kategori M40, isi rumah menerima RM250, warga emas sebatang kara (RM100) dan bujang (RM100).

Semakan status BKC boleh dibuat melalui portal https://bkc.hasil.gov.my

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Ismail Sabri turut berinteraksi dengan penerima BKC di beberapa cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seperti Putrajaya, Sabah, Sarawak, Kelantan, Pahang, Perlis, dan Johor.

Perdana Menteri turut mendapatkan laporan secara langsung daripada Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang meninjau sendiri proses pembayaran di BSN Putrajaya, serta menerima maklum balas proses pengagihan BKC daripada Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah yang melakukan tinjauan di BSN Triang, Bera, Pahang.

“Perdana Menteri berharap agar bantuan BKC ini dapat meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan akibat pandemik Covid-19,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: bantuan khas covid-19Ismail Sabri YaakobPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd