• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azhar Nafi Tolak Usul Mengosongkan Jawatan Speaker

oleh
02/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Azhar Azizan Harun hari ini menafikan beliau menolak usul supaya mengosongkan jawatan Speaker Dewan Rakyat.

Dalam satu kenyataan, Azhar berkata beliau tidak akan membuat sebarang keputusan atau campur tangan berkaitan usul itu kerana mempunyai percanggahan kepentingan.

Katanya, apa-apa keputusan mengenai usul berkenaan akan diserahkan kepada timbalannya, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

“Pejabat saya sememangnya menerima usul untuk saya mengosongkan jawatan saya dan juga supaya individu lain dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Sebaik menerima usul itu, saya telah utuskan surat kepada semua pembawa usul bahawa saya tidak akan sama sekali membuat apa-apa keputusan mengenai semua usul itu kerana saya mempunyai percanggahan kepentingan,” katanya.

Kenyataan itu bagi menjawab satu artikel bertajuk ’15 Usul Tukar Speaker Ditolak’ yang antara lain melaporkan Azhar menolak semua usul berkenaan.

Azhar menjelaskan, beliau tidak mengetahui mengenai apa-apa keputusan yang mungkin dibuat Mohd Rashid berhubung usul berkenaan.

Katanya, laporan yang menyatakan beliau mengetepikan usul berkenaan daripada dibahas jelas mempunyai unsur ‘inuendo’ bahawa usul berkenaan ditolak olehnya adalah tidak benar.

“Saya anggap laporan itu bersifat pembohongan dan fitnah yang dibuat dengan niat untuk menjatuhkan reputasi saya.

“Saya akan mendapatkan nasihat undang-undang mengenai perkara ini dalam masa yang terdekat,” katanya. – BH Online

Tags: Azhar Azizan HarunSpeaker Dewan RakyatYang Dipertua Dewan Rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Ahli Parlimen Wajib Jalani Pemeriksaan Kesihatan – Speaker

Semua Ahli Parlimen Wajib Jalani Pemeriksaan Kesihatan – Speaker

13/09/2023
0

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul hari ini mengarahkan kesemua 222 Ahli Parlimen menjalani pemeriksaan kesihatan....

Speaker Dewan Rakyat Syor PLKN Dikembalikan Semula

Speaker Dewan Rakyat Syor PLKN Dikembalikan Semula

03/06/2023
0

BANGI: Negara perlu membuat persediaan awal melahirkan lebih ramai pemimpin pelapis supaya masa hadapan Malaysia dapat menjadi lebih baik. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd