• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Segerakan Bantuan Yang Telah Diumumkan – PM

oleh
01/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa semua bantuan yang telah diumumkan kerajaan perlu disalurkan dengan segera kepada rakyat.

Beliau berkata, perkara tersebut merupakan antara perkara yang dibincangkan pada mesyuarat Kabinet pertama yang diadakan pagi tadi.

“Antara penekanan utama, membincangkan status terkini jangkitan Covid-19 di negara kita untuk semua kementerian bergerak proaktif bagi pengukuhan tindakan tahap kesihatan demi melonjakkan semula aktiviti ekonomi yang memberi manfaat utama kepada rakyat.

“Saya turut mengingatkan para Menteri Kabinet, setiap kementerian perlu buktikan pencapaian dalam tempoh 100 hari,” katanya dalam satu entri di Facebook hari ini.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, tindakan pantas dan bersepadu merupakan aspek utama bagi membebaskan Malaysia daripada ancaman wabak penyakit, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik yang telah dilalui oleh rakyat sebelum ini.

“Segala bantuan yang telah diumumkan mesti disegerakan dan saya akan memastikan Kabinet ini berasaskan keberhasilan yang mengutamakan kestabilan dan keselamatan Keluarga Malaysia,” katanya.

Beliau telah mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama menerusi sidang video dari rumah setelah dinasihatkan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjalani kuarantin kendiri. – K! ONLINE

Tags: bantuan kerajaanIsmail Sabri Yaakobmesyuarat kabinetPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemuda DAP Minta PMX Pecat Menteri Luar, Mohamad Hasan

Pemuda DAP Minta PMX Pecat Menteri Luar, Mohamad Hasan

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memecat Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad...

Yang di-Pertuan Besar Titah Aminuddin Teruskan Tugas Menteri Besar – PM Anwar

Yang di-Pertuan Besar Titah Aminuddin Teruskan Tugas Menteri Besar – PM Anwar

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah Datuk Seri Aminuddin Harun terus menjalankan tugas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd