• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Perlu Diberi Peluang Untuk Buktikan Pencapaian

oleh
30/08/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu diberi ruang dan peluang secukupnya untuk membuktikan kemampuan beliau.

Sila fahami anak petani ini sedang memikul amanah dan tanggungjawab yang sangat besar untuk memulihkan negara daripada pandemik.

Selepas segala hiruk pikuk kemelut politik tatkala negara dilanda wabak pandemik Covid-19, beliau ditampilkan sebagai solusi atau penyelesaian.

Jika sosok ini turut diganggu dengan perkara-perkara yang tidak mendasar, apakah manfaatnya kepada semua?

Tidakah kita pernah serik menyaksikan perang politik yang membantutkan kemuafakatan memerangi pandemik?

Benar sentimen politik tidak akan berakhir. Ini realiti di seluruh dunia, namun tidak sepatutnya melebihi sentimen sayang pada negara.

Perlu ada had dan batas sempadan.

Jika adegan menyerang pimpinan utama negara berlanjutan, bilakah peperangan politik inu akan berakhir sedangkan perang sebenar adalah untuk melawan Covid-19 waktu ini?

Kita sama sekali tidak mahu pada akhirnya yang menang jadi arang, kalah jadi abu. Semua hancur, semua jahanam.

Justeru kali ini semua pihak perlu rasional. Tidak bermakna Perdana Menteri Ke-9 bukan dalam kalangan kita sokong tidak pandai mentadbir.

Tidak juga bermakna mereka yang kita sokong sahaja pandai mentadbir kerana kesemua mereka memerlukan masa untuk dibuktikan.

Lagipun pelantikan Pak Long Mail sebagai Perdana Menteri dilakukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan Negara.

Mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Paling penting pelantikan Perdana Menteri Ke-9 mendapat dokongan majoriti parti politik termasuk dalam kalangan yang berseteru.

Mungkin orang lain ada pandangan berbeza, tetapi bagi penulis Pak Long Mail adalah penyelamat.

Pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri mengurangkan bahang politik merebut kuasa.

Saksikan julung kali pembangkang berupaya menzahirkan kompromi bersama seorang Perdana Menteri.

Mungkin kerana Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bukan seorang pemimpin politik yang terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Perwatakannya yang tidak sombong dan tidak kayangan serta mesra marhain memperkemaskan lagi profail beliau.

Latar belakang beliau juga bukan calang-calang. Pernah menerajui sebanyak enam kementerian sebelum bergelar Perdana Menteri.

Menteri Belia dan Sukan dari tahun 2008 sehingga 2009. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dari 2009 sehingga 2013.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dari tahun 2013 sehingga 2015. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dari tahun 2015 sehingga 2018.

Seterusnya dilantik sebagai Menteri Kanan (Menteri Pertahanan) (Kluster Keselamatan) bermula 12 Mac 2020 sebelum diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 7 Julai lalu.

Bermakna beliau seorang yang cukup berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan.

Kesimpulannya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah pilihan terbaik yang Malaysia ada pada waktu-waktu getir sebegini. – Mynewshub.TV

Tags: Ismail Sabri Yaakobpandemik COVID-19Perdana Menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd