• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Titah MB, Pengarah Kesihatan Johor Menghadap

oleh
30/08/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim menitahkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan Pengarah Kesihatan negeri itu untuk menghadap baginda, hari ini.

Dalam hantaran dimuat naik di Facebook rasmi, Tunku Ismail bertitah, pertemuan itu bagi membincangkan isu kekurangan vaksin dan masalah berbangkit yang berkaitan.

“Saya telah menitahkan Datuk Hasni Mohammad; Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani dan Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu menghadap esok (hari ini).

“Saya juga akan berhubung dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, mengenai satu laporan yang saya terima berkait kekurangan vaksin dan pembatalan janji temu untuk vaksinasi.

“Saya akan bangkitkan mengenai isu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Educity di Iskandar Puteri dan program vaksinasi untuk pekerja kilang pada mesyuarat esok (hari ini),” titah baginda.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan mengarahkan supaya kadar vaksinasi di enam negeri ditingkatkan melebihi 50 peratus menjelang hujung bulan depan. 

Negeri berkenaan itu ialah Terengganu, Perak, Johor, Kelantan, Kedah dan Sabah yang masih mencatatkan kadar pemberian vaksin di bawah 50 peratus, setakat ini.

Untuk rekod, hanya 46.1 peratus penduduk Johor sudah menerima vaksinasi lengkap, manakala 76.3 peratus penduduk menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, semalam. – myMetro Online

Tags: JohorTMJTunku Ismail Sultan Ibrahimvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

10/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Lebih 5,000 jemaah membanjiri Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn bagi menyertai Program Semarak Subuh Perdana 2026,...

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd