• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Dewan Rakyat Diarah Calonkan PM Sebelum 4 Petang Esok

oleh
17/08/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua Ahli Dewan Rakyat diarahkan menyerahkan satu surat akuan menyatakan dengan terang dan jelas calon Perdana Menteri ke-9 pilihan mereka selewat-lewatnya esok.

Dalam satu notis Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menyatakan surat akuan itu perlu diserahkan kepada Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Datuk Nazim Mohd Alim sebelum jam 4 petang, esok.

Difahamkan sehingga kini, tidak ada seorang pun ahli Parlimen yang mempunyai sokongan majoriti.

Dalam notis yang tular bertajuk ‘Surat akuan memilih calon Perdana Menteri ke-9’ itu, Azhar berkata, Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan budi bicara baginda di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan perlu melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang dalam hemat baginda mungkin mempunyai kepercayaan majoriti sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Bagi melaksanakan titah perintah Tuanku, saya dengan ini memberi notis kepada Yang Berhormat supaya menyerahkan satu surat akuan yang menyatakan dengan terang dan jelas seorang Ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan Yang Berhormat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-9.

“Walaupun surat akuan ini tidak mempunyai format tertentu, namun ia perlu mempunyai butiran berikut iaitu identifikasi Yang Berhormat yang secukupnya, identifikasi secukupnya seorang saja Ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan Yang Berhormat.

“Selain itu, penyataan sokongan yang terang, jelas dan tanpa syarat, diikuti tandatangan Yang Berhormat, tandatangan serta cop rasmi saksi, sama ada seorang peguambela dan peguamcara, pesuruhjaya sumpah, notari awam atau jawatan yang setanding bagi Yang Berhormat berada di luar negara dan tarikh surat akuan,” katanya.

Menurutnya, serahan tangan tidak dibenarkan memandangkan Istana Negara masih berada dalam kawasan fasa satu dan juga mengelakkan penularan pandemik Covid-19.

“Perlu dijelaskan, mana-mana surat akuan Yang Berhormat yang tidak mematuhi perkara di atas ataupun yang diterima lewat tidak akan diambil kira.

“Ahli Yang Berhormat diperingatkan untuk menjaga kerahsiaan Surat Akuan ini sehingga Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan mengenai perkara di perenggan dua di atas,” katanya.

Sementara itu, pegawai Pejabat Speaker Dewan Rakyat mengesahkan kebenaran surat berkenaan yang ditandatangani Azhar bertarikh hari ini. – myMetro Online

Tags: ahli Dewan rakyatAhli ParlimenPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Petik Ayat Al-Quran Surah An-Nisa Rayu Beri Kemenangan PH

PM Anwar Petik Ayat Al-Quran Surah An-Nisa Rayu Beri Kemenangan PH

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada rakyat Johor supaya memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH)...

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd