• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Kemuka Usul Undi Hilang Percaya Terhadap PM

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan usul hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, usul dikemukakan termasuklah Ahli Parlimen Pagoh itu dimakzulkan dengan segera daripada jawatan Perdana Menteri dengan segera menurut Perlembagaan Persekutuan.

“Ahli-Ahli Dewan Rakyat pada hari ini mengambil maklum dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong bahawa pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa pada 21 Julai 2021 yang dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di parlimen.

“Dan kenyataan yang bercanggah dan mengelirukan parlimen bukan saja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung di dalam rukun negara malah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka selaku Ketua Utama Negara seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sidang media di parlimen hari ini.

Anwar berkata, mereka juga meminta Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan meletakkan jawatan segera kerana kesilapan yang dilakukan.

“Kita menyerahkan kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku,”katanya.

Katanya, jika perlu, beliau akan menghadap Seri Paduka berhubung perkara itu bergantung kepada perkembangan dalam masa terdekat. – myMetro Online

Tags: Anwar IbrahimMuhyiddin Yassinordinan daruratPerdana Menteri
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, semangat federalisma sememangnya menjadi satu kewajipan yang...

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR -Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa Perdana Menteri bukan Pendakwa Raya dan tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd