• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Persoal Status Keabsahan Kerajaan

oleh
27/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan tentang status kesahihan dan keabsahan kerajaan dari segi undang-undang ketika ini ekoran pembatalan semua Ordinan Darurat.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, pembatalan enam Ordinan Darurat termasuk ordinan utama iaitu ordinan induk menimbulkan kesangsian terhadap kesahihan dan keabsahan kerajaan sejak 21 Julai hingga 1 Ogos ini.

Menurutnya, sejak tarikh itu enam ordinan dikatakan telah dibatalkan sehingga tarikh Proklamasi Darurat tamat.

Katanya, perkara itu antara tiga persoalan utama yang timbul yang perlu dijawab secepat mungkin oleh kerajaan.

“Persoalannya juga sama ada proses undang-undang telah diamalkan atau dilakukan (dalam perkara ini kerana) apa-apa pembatalan Ordinan Darurat mesti mendapat limpah perkenan Yang di-Pertuan Agong dan digazet. Ini tidak diperjelaskan.

“Seterusnya sama ada pembatalan Ordinan Darurat ini boleh dibuat secara ‘backdated’ atau diterkebelakangkan sama ada ini boleh dilakukan sebab implikasinya terhadap apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa selepas 21 Julai itu mungkin boleh dipersoalkan atau pun terbatal dari segi undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sidang khas hari kedua Dewan Rakyat pada Selasa.

Dalam sidang khas Dewan Rakyat hari pertama pada Isnin, kerajaan mengumumkan keputusan tidak menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat baharu apabila darurat tamat pada 1 Ogos ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan juga bersetuju untuk membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dibuat semasa Proklamasi Darurat sebelum ini.

Mengulas lanjut, Najib berkata, beliau secara peribadi berpendapat, kenyataan Takiyuddin semalam amat mengelirukan rakyat dan Dewan Rakyat.

“Penjelasan yang tepat, terperinci dan sejelas-jelasnya perlu dilakukan sebelum ia menimbulkan begitu banyak persoalan dalam kalangan rakyat dan ahli-ahli Parlimen,” katanya.

Menyentuh tentang pembatalan ordinan itu mengikut undang-undang, beliau menegaskan ia perlu bermula dengan tindakan Kabinet menasihatkan Yang Dipertuan Agong untuk berbuat demikian.

“Kemudian, sekiranya Seri Paduka Baginda memperkenankannya, ia akan digazetkan dan baharulah ia lengkap dari segi proses undang-undang.

“Ini pernah kita lakukan. Zaman saya dulu pun, undang-undang darurat yang kita batalkan mengikut proses ini. Ia (pembatalan ordinan) juga perlu dibentangkan di kedua-dua dewan (Dewan Rakyat dan Dewan Negara),” katanya. – Sinar Harian

Tags: Najib Tun Razakordinan daruratProklamasi Darurat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Persekutuan Putuskan Keabsahan Proklamasi Darurat Dalam Masa Terdekat

Mahkamah Persekutuan Putuskan Keabsahan Proklamasi Darurat Dalam Masa Terdekat

14/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan dijangka memutuskan keabsahan proklamasi dan ordinan darurat yang diisytiharkan ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam...

Kerajaan Cadang Usul Ungkai Ordinan-Ordinan Darurat

25/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini membentangkan usul mengungkai ordinan-ordinan darurat bagi dibahas Ahli Parlimen dan digulung oleh kementerian berkaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd