• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Ordinan Darurat Dijawab Isnin Depan

oleh
27/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan akan memberi penjelasan mengenai semua perkara berkaitan Ordinan Darurat termasuk pembatalannya di Dewan Rakyat, Isnin ini.

Takiyuddin memaklumkan,Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun sudah membuat satu petua semalam, yang mana semua persoalan dan isu dibangkitkan Ahli Parlimen berhubung perkara itu dijawab pada hari berkenaan.

“Yang Dipertua mengarahkan Menteri memberi penjelasan pada Isnin. Saya minta dengan rendah diri, supaya untuk berlaku adil kepada kerajaan, saya diberi peluang untuk memberi penjelasan semua mengenai pelaksanaan darurat pada Isnin ini,” katanya pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, hari ini.

Kenyataan Takiyuddin itu bagaimanapun dibantah beberapa Ahli Parlimen pembangkang, yang mendesak supaya hal berkaitan darurat terutama pengumuman pembatalannya berkuat kuasa 21 Julai lalu oleh Takiyuddin semalam dijawab segera.

Ini terutamanya untuk penjelasan sama ada pembatalan itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah, selain kedudukan kompaun yang dikeluarkan selepas 21 Julai.

Takiyuddin bagaimanapun menegaskan, beliau tertakluk kepada petua yang diberikan Azhar.

“Dalam Dewan ini ada peraturan, Yang Dipertua, Perdana Menteri, Ketua Pembangkang, semuanya tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat.

“Antara yang ada dalam peraturan ini adalah petua daripada Yang Dipertua. Saya tertakluk kepada petua Yang Dipertua semalam yang meminta saya memberi penjelasan pada Isnin.

“Bukan saya lari (daripada memberikan jawapan). Hari Isnin tidak akan lari,” katanya.

Semalam, Takiyuddin memaklumkan, kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk melanjutkan Proklamasi Darurat yang dijadual tamat pada 1 Ogos ini.

Beliau berkata, kerajaan juga memutuskan untuk membatalkan semua ordinan yang sudah dibuat sepanjang tempoh pelaksanaan Proklamasi Darurat, berkuat kuasa 21 Julai lalu berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan. – BH Online

Tags: ordinan daruratsidang khas parlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Usulkan Sidang Khas Parlimen Isu Harga Barang

PH Usulkan Sidang Khas Parlimen Isu Harga Barang

06/07/2022
0

JOHOR BAHRU : Pakatan Harapan (PH) mengusulkan supaya sidang Parlimen khas bagi membincangkan isu harga barang dan kos sara hidup...

Kerajaan Cadang Usul Ungkai Ordinan-Ordinan Darurat

25/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini membentangkan usul mengungkai ordinan-ordinan darurat bagi dibahas Ahli Parlimen dan digulung oleh kementerian berkaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd