• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Bantu Uruskan Mayat Pesakit Covid-19 Di HTAR

oleh
14/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Isu mayat pesakit Covid-19 yang terlalu banyak di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sehingga mencetuskan kebimbangan masyarakat mendapat perhatian Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, pasukan ATM akan menghantar bantuan aset dan anggota bagi menyelesaikan segera isu mayat pesakit Covid-19 di hospital berkenaan.

“Bantuan dan kerjasama ATM itu adalah hasil perbincangan di antara Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan, Datuk Mohd Shafiq Abdullah dengan pihak ATM.

“Pihak ATM akan membantu mempercepatkan urusan untuk membawa mayat-mayat berkenaan bagi proses pengebumian mengikut agama masing-masing dan aset-aset ATM juga boleh digunakan bagi tujuan ini.

“Hasil bantuan ATM nanti dapat menampung kekurangan pegawai inspektor kanan (IK) di Pejabat Kesihatan Daerah Klang. Sebelum ini, IK yang menguruskan pengebumian jenazah berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas rakaman video tular di media sosial yang memaparkan keadaan mayat pesakit Covid-19 yang terpaksa diletakkan di lantai secara berlapis di HTAR selepas bilik mayat berada pada tahap kapasiti penuh.

Dr Zulkarnain juga mengesahkan mayat berkenaan positif Covid-19, namun enggan menyatakan jumlah sebenar jenazah itu yang berada di HTAR ketika ini.

Menurutnya, prosedur meletakkan ‘tagging’ pada si mati terutama nama mereka dan butiran lain dilaksanakan dengan cukup teliti bagi memudahkan urusan pengebumian.

“Ketika ini, semua mayat berkenaan sudah ditempatkan di dalam kontena sejuk beku dengan suhu negatif 11 darjah celcius bagi mengelakkan berlaku pereputan,” katanya.

Beliau mengakui, masalah yang berlaku sebelum ini juga disebabkan pihaknya tidak mempunyai peti simpanan mayat mencukupi, namun isu terbabit berjaya diselesaikan dan keadaan kini terkawal.

“Secara keseluruhan setakat ini, kami di sini mempunyai tiga kontena dan jumlah itu mencukupi.

“Dua kontena itu adalah hasil pemberian kerajaan daripada lapan kontena yang diagihkan di seluruh negeri ini, manakala satu lagi adalah sumbangan yang diterima sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, kes kematian akibat jangkitan Covid-19 yang tinggi di HTAR disebabkan kebanyakan pesakit yang dirawat terdiri daripada mereka dalam kategori empat yang memerlukan bantuan oksigen.

“Mungkin mereka datang lambat untuk rawatan yang menyebabkan kebarangkalian untuk sembuh agak tipis.

“Jadi, kita berharap orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka, penjarakan fizikal dan selalu mencuci tangan serta tidak keluar rumah sekiranya tiada keperluan,” katanya. – myMetro Online

Tags: ATMHTARMayatpesakit COVID-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Syukur Temui Anggota Tentera Di Negeri Sembilan, Rakam Penghargaan

PMX Anwar Syukur Temui Anggota Tentera Di Negeri Sembilan, Rakam Penghargaan

24/07/2026
0

PORT DICKSON - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur dapat kembali ke Port Dickson untuk menyantuni warga...

Tengku Zafrul Akui Kerajaan Sebelum 2018 Tidak Guna Dana KWAP Bayar Pencen

Tengku Zafrul Akui Kerajaan Sebelum 2018 Tidak Guna Dana KWAP Bayar Pencen

21/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengakui dana KWAP tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd