• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKPD Di Selangor, Kuala Lumpur Mulai Sabtu Ini

oleh
01/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan semua daerah di Selangor kecuali Sabak Bernam dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Sabtu ini.

Ia susulan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan berlaku peningkatan jangkitan kes Covid-19 di lokaliti berkenaan. 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perintah terkini itu akan berkuat kuasa selama sehingga 16 Julai dengan semua laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh Polis Diraja Malaysia.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat pembentangan kepada Mesyuarat Jawatakankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai situasi Covid-19 di negeri Selangor dan WPKL dan mesyuarat bersetuju untuk melaksanakan PKPD bersasar di lokaliti berikut, iaitu WPKL yang membabitkan PPR PPR Batu Muda; Kampung Padang Balang; Flat Sri Sabah dan Kampung Puah.

“Turut termasuk, PPR Kampung Baru Air Panas; Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri dan Dilema) dan Kampung Batu Muda; PPR Kerinchi; Flat Seksyen 1 Wangsa Maju; Flat Danau Kota; Taman Ikan Emas dan Bandar Baru Sentul.

“Manakala PKPD di Selangor membabitkan Daerah Petaling merangkumi Mukim Petaling, Mukim Damansara, Mukim Sg Buloh dan Mukim Bukit Raja; Daerah Hulu Langat – Mukim Ampang, Mukim Cheras, Mukim Kajang, Mukim Semenyih, Mukim Beranang dan Mukim Hulu Langat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, Daerah Sepang yang terbabit PKPD adalah Mukim Dengkil, Mukim Labu, Mukim Sepang; manakala, Daerah Gombak (Mukim Batu, Rawang, Setapak, Hulu Langat dan Kuang); sementara Daerah Kuala Langat (Mukim Tanjung 12 (1), Tanjung 12 (2), dan Teluk Panglima Garang).

Termasuk dalam Kuala Langat adalah Mukim Morib, Mukim Bandar, Mukim Jugra dan Mukim Batu; selain Daerah Klang membabitkan Mukim Kapar dan Klang; Daerah Kuala Selangor (Mukim Ijok, Bestari Jaya, Jeram, Tanjung Karang); dan Hulu Selangor (Mukim Serendah, Rasa, Ulu Yam dan Batang Kali). – myMetro Online

Tags: kuala lumpurPerintah Kawalan Pergerakan Diperketatkanselangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Jangan Jadikan Masalah Kami di Selangor Masalah Kamu Juga”

“Jangan Jadikan Masalah Kami di Selangor Masalah Kamu Juga”

09/07/2026
0

SHAH ALAM - Rakyat Johor dinasihati supaya menolak hasrat pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menjadikan negeri itu seperti Selangor. Ketua...

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – DAP menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pengundi yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pulang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd