• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kawal Sasaran Kumpulan ‘Baju Hitam’

oleh
30/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menutup dan mengawal ketat lokasi sasaran kumpulan berbaju hitam yang mengajak masyarakat berkumpul di beberapa lokasi di sekitar ibu negara, tengah hari ini. 

Hingga jam 11 pagi tadi, Polis Daerah Dang Wangi menutup semua laluan keluar dan masuk ke Dataran Merdeka, serta mengawasi kawasan sekitar bangunan dan pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut dan Jalan Raja Chulan, di sini. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata hingga jam 11 pagi juga pihaknya masih belum mengesan sesuatu pergerakan mencurigakan yang berkaitan dengan aktiviti perhimpunan berkenaan. 

“Sehubungan itu saya menasihatkanlah masyarakat di sekitar ibu negara dan orang ramai untuk tidak berkumpul seperti yang diarahkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku.

“Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati berdegil dan melanggar arahan pihak polis selain mengambil tindakan terhadap mereka yang keluar tanpa kebenaran semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Beliau berkata pihaknya juga turut mengadakan sekatan jalan raya (SJR) bergerak di beberapa lokasi masuk ke pusat bandar raya Kuala Lumpur khususnya menuju ke kawasan sasaran kumpulan berkenaan.

Selain daerah Dang Wangi, tinjauan sejak pagi tadi mendapati pihak polis turut membuat sekatan jalan raya di Jalan Kuching dan Jalan Bangsar berhadapan Muzium Negara, menghala ke pusat bandar raya. 

Kumpulan berbaju hitam ini mensasarkan lokasi seperti Istana Negara dan Istana Negeri di seluruh negara; ibu pejabat KWSP dan semua cawangan KWSP di seluruh negara; Dataran Merdeka dan Dataran Putra (Masjid Putrajaya) untuk mengajak orang ramai berhimpun. 

Selain itu orang ramai juga diminta merakam video dan gambar mereka memakai baju hitam dan membunyikan hon semasa berkumpul bermula jam 2 petang hari ini. – BH Online

Tags: Kumpulan Baju HitamPerhimpunanPolis Kuala Lumpur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

12/03/2023
0

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung pengajuran perhimpunan dan perarakan sempena Hari Wanita 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur pagi...

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

24/11/2022
0

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli meminta penyokong dan anggota parti serta Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd