• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Pemberian Vaksin Di Selangor Paling Perlahan

oleh
28/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJONG KARANG – Kadar pemberian vaksin di Selangor paling perlahan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang kesemuanya melebihi 80 peratus.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, usaha pemberian vaksin di negeri itu terlalu perlahan meskipun bekalan vaksin sudah disalurkan ke negeri berkenaan.

“Saya telah usahakan supaya Selangor dapat tingkatkan kapasiti mereka kerana ini soal penggunaan vaksin.

“Walaupun ada pemberian bekalan vaksin tetapi banyak vaksin tidak digunakan,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Tanjong Karang di sini pada Isnin.

Khairy berkata, setakat Ahad lalu, kadar penggunaan vaksin tertinggi dicatatkan di Melaka dengan kadar 94 peratus diikuti Terengganu dan Negeri Sembilan dengan 92 peratus.

“Semua negeri lebih 80 peratus kecuali Selangor dan sebab itu kita buka lebih banyak PPV supaya dapat dipertingkatkan lagi,” katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan juga bercadang untuk membuka PPV di semua daerah di negeri ini pada Julai.

“Kita tak ada pilihan sebab lebih banyak vaksin akan sampai pada Julai.

“Saya tak nak vaksin duduk di dalam peti sejuk, kerana kita hendak guna secepat mungkin,” katanya.

Justeru, beliau berharap kadar penggunaan vaksin di seluruh negeri dipertingkatkan.

“Jika tiada PPV, maka kadar penggunaan kita akan jatuh dan berharap kadar penggunaan 90 peratus ke atas dapat dilaksanakan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: selangorvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Jangan Jadikan Masalah Kami di Selangor Masalah Kamu Juga”

“Jangan Jadikan Masalah Kami di Selangor Masalah Kamu Juga”

09/07/2026
0

SHAH ALAM - Rakyat Johor dinasihati supaya menolak hasrat pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menjadikan negeri itu seperti Selangor. Ketua...

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd