• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Central Global Berhad Lantik 2 Lembaga Pengarah Baharu

oleh
24/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat tersenarai di Papan Utama, CENTRAL GLOBAL BERHAD (“Central Global” atau “Syarikat”) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Yang Hormat Mulia (“YHM”) Tengku Dato’ Indera Abu Bakar Ahmad (“Tengku Abu Bakar”) dan Encik Shaharuddin bin Abdullah (“Encik Shaharuddin”) sebagai pengarah bukan eksekutif baharu Kumpulan.

YHM Tengku Abu Bakar, 36, berpengalaman di dalam perancangan strategik, mengkhusus dalam perniagaan berkaitan kesihatan, e-dagang dan teknologi maklumat.Beliau kini merupakan pengerusi Fomema Sdn Bhd, yang mengendalikan sistem ujian pemeriksaan perubatan pekerja asing di Semenanjung Malaysia, selain pengerusi beberapa syarikat berkaitan lain. Beliau juga adalah pengarah Bookdoc Holdings Sdn Bhd, yang menguruskan aplikasi mobil menghubungkan pesakit dengan profesional perubatan.

Tengku Abu Bakar merupakan pemegang Ijazah Perakaunan Perniagaan dari Swinburne University of Technology, Hawthorne, Australia. Beliau juga sepanjang kerjayanya meraih pengalaman dengan berurusan besama syarikat multinasional dan memberikan bimbingan serta sokongan di dalam syarikat di mana beliau merupakan anggota Lembaga Pengarah.

Encik Shaharuddin, 60, merupakan bekas pegawai Polis Diraja Malaysia dan bersara sebagai Penolong Pesuruhjaya Polis dengan jawatan akhirnya Ketua Pentabiran Jabatan Sumber Manusia (Polisi) PDRM. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Sains Sosial dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Diploma Penyiasatan Forensik dari Universiti Malaya.

Tags: Central Global BerhadLembaga Pengarah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Muka Baharu Lembaga Pengarah Khazanah

02/07/2019
0

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) melantik tiga anggota baharu berkuatkuasa 26 Jun lalu. Mereka ialah Azian Mohd Aziz,...

Lembaga Pengarah Baharu FINAS Telah Dilantik

15/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata anggota Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd